web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tajuddin Boleh Sertai PAS Bila-Bila Masa - Takiyuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 7:06PM

Takiyuddin Hassan (tiga dari kiri) mendengar penerangan daripada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Hisamuddin Termidi (kanan) ketika mengadakan lawatan di Tapak Perintis Pembangunan Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran (EWS) di Jerai Geopark Titi Hayun hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman boleh menyertai PAS bila-bila masa untuk kelangsungan karier politiknya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

 “Siapa sahaja boleh sertai PAS (termasuk Tajuddin). Kita boleh dan akan terima. Malah pada satu program di Kedah baru-baru ini, kira-kira 12,000 ahli baharu didaftarkan termasuk pengundi baharu.

“Kita akan lihat potensi sokongan yang ada,” kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu selepas menutup kursus Malim Gunung Perhutanan (MGP) anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), di sini, hari ini.

Takiyuddin, yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu, mengulas tawaran PAS Perak kepada Tajuddin supaya mewakil parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) setelah digugurkan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, minggu lepas.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menamatkan pelantikan Tajuddin sebagai ahli MKT UMNO namun tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat.

Ditanya mengenai penggunaan logo PAS sendiri pada PRU15 nanti, Takiyuddin berkata perkara itu belum diputuskan dan akan dibincangkan dalam satu mesyuarat kelak.

“Itu (guna logo sendiri) bukan perkara pelik kerana kita pernah guna logo Barisan Nasional pada 1974. Kita akan putuskan bila tiba masa nanti, katanya mengulas cadangan penggunaan logo PAS sebagai sebahagian daripada strategi parti menghadapi PRU15. - Bernama

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad