web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Masih Sayangkan UMNO, Tapi Tak Ada Masalah Jadi Calon Bebas

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 6:27PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedia bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Salak yang dimenangi, seandainya beliau dipecat daripada UMNO.

Katanya, itu bukan satu masalah kerana pengundi di kawasan berkenaan teguh menyokongnya walaupun ketika berlaku tsunami politik.

“Jika UMNO mahu main kasar, saya boleh lakukan yang sama dengan bertanding sebagai calon Bebas.

“Sewaktu tsunami politik, sokongan terhadap saya terus meningkat dengan majoriti besar. Saya tak pernah kalah,” katanya pada sidang media di Hotel Eastin di sini hari ini.

Ahli Parlimen UMNO itu yang mengenakan kemeja batik berwarna merah, ditemani kumpulan penyokongnya dari Pasir Salak.

Sambil berseloroh Tajuddin berkata, beliau akan menimbangkan tawaran PAS untuk bertanding di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

“Ia bukan satu idea yang teruk,” katanya sambil tertawa.

“Tetapi saya tidak akan menyertai PAS. Saya boleh bertanding sebagai calon Bebas yang sehaluan dengan UMNO. Tak jadi masalah,”.

Walaupun disingkirkan dari MKT, ahli politik veteran itu tetap menzahirkan rasa sayangnya terhadap parti yang telah disertainya selama 50 tahun.

“Mustahil untuk saya tidak lagi menyayangi UMNO, saya berada di dalam parti selama 50 tahun. Inilah tempat saya membesar, daripada seorang budak kampung kepada kedudukan sekarang,”

Pada Sabtu, PAS Perak mempelawa Tajuddin untuk mempertahankan kerusi Pasir Salak di bawah tiket PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata, ia adalah satu kemungkinan, jika Tajuddin tidak diberikan peluang untuk mempertahankan kerusi tersebut oleh Barisan Nasional (BN) dan jika PAS diberikan kerusi itu di bawah panji PN. – The Vibes, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad