web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Annuar Musa Cuba Hasut, Tajuddin Bukan Dipecat - Puad Zarkashi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 2:57PM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa didakwa cuba menghasut ahli UMNO apabila berkata, tindakan menggugurkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berisiko mencetuskan krisis dalam parti.

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjelaskan, Ahli Parlimen Pasir Salak tersebut bukan dipecat, sebaliknya digugurkan untuk memberi laluan kepada orang lain.

Dr Mohd Puad Zarkashi  - Gambar fail
Dr Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Menurutnya, jawatan Tajuddin sebagai MKT UMNO adalah lantikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Annuar Musa pernah digugurkan sebagai Ketua Penerangan (UMNO). Itu juga berlaku kepada (Datuk Seri) Ahmad Maslan dan Datuk Dr Shamsul Nasarah. Tidak timbul pun krisis dalam parti.

“Krisis boleh berlaku bila ada tukang kipas dan batu api yang mengapikannya. Menggugurkan orang yang dilantik dan diganti dengan orang lain adalah normal,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

 

APA ISUNYA? Tajuddin bukan dipecat. Dia MKT dilantik. Dia digugurkan untuk diganti oleh orang lain. Takkan itu pun...

Posted by DrPuad Zarkashi on Sunday, June 26, 2022

Mengulas lanjut, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah memecat beberapa pemimpin politik negara termasuklah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menyandang portfolio Ketua Pembangkang.

“Siapa kata Tun M (Dr Mahathir) tidak pernah pecat orang. Anwar Ibrahim dipecat sampai hilang jawatan Timbalan Presiden. Annuar membisu bila (bekas Perdana Menteri Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) pecat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana.

“Bila lawan keputusan parti memang wajib digugur dan dipecat. Itu cerita sebenarnya,” katanya.

Annuar Musa yang pernah menyandang jawatan Setiausaha Agung UMNO sebelum ini mendakwa, terdapat beberapa nama lagi 'dalam senarai menunggu' untuk dipecat selepas 'dicop' sebagai musuh politik.

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail
Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu memberi amaran, tindakan menggugurkan Tajuddin daripada MKT UMNO akan mengundang krisis dan perpecahan dalam parti.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga berkata, tindakan menggugurkan bakal Duta Besar Malaysia ke Indonesia tersebut bercanggah dengan semangat serta resolusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan PAU Khas.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak digugurkan daripada ahli MKT UMNO dan digantikan dengan bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil. – Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad