web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Jaminan ADUN BN Sedia Ada Dicalonkan Semula Pada PRU-15 - Saarani

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 11:28AM

Pemilhan calon bergantung kepada keadaan semasa termasuk kehadiran calon-calon muka baharu yang berpotensi menggantikan calon lama seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI ISKANDAR - Tiada jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) sedia ada di Perak akan dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti, kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata ia bergantung kepada keadaan semasa termasuk kehadiran calon-calon muka baharu yang berpotensi menggantikan calon lama seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini.

“Kita (BN Perak) sudah mula dapatkan senarai daripada bahagian. Pada waktu sama, kita perlu buat kajian daripada pihak berkaitan agar calon yang kita pilih boleh memenangkan BN,” katanya selepas melancarkan Jentera BN Bahagian Parit di sini, kira-kira 40km dari Ipoh tengah malam semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata pihaknya telah bersedia untuk ke medan perang pilihan raya bagi mendapat kembali kepercayaan pengundi.

“Alhamdulillah komitmen semua ahli parti dan jentera memang amat tinggi bagi memastikan kemenangan calon BN baik di Parlimen mahupun di dua DUN iaitu Belanja dan Bota pada PRU15 nanti,“ kata Mohd Nizar.

Perak mempunyai 59 kawasan DUN iaitu 25 ADUN BN dengan semuanya daripada UMNO, Bersatu (tujuh), PAS (tiga), DAP (16), Parti Amanah Negara (lima) dan PKR (tiga). - Bernama

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad