web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Punca Langkah Sheraton, PKR Putuskan Tiada Kerjasama Dengan Azmin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 10:52AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR memutuskan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan mantan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pendirian itu adalah antara keputusan dicapai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang bermesyuarat malam semalam.

“(Mohamed Azmin) dianggap oleh anggota, penyokong parti serta orang ramai sebagai satu daripada punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan, Mohamed Azmin dikatakan bertemu dengan dua wakil PKR, di tengah-tengah spekulasi berkaitan masa depannya bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Memetik sumber, media melaporkan,  pertemuan itu berlangsung pada Rabu lalu di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.

Kedudukan Mohamed Azmin menjadi perhatian umum terutama selepas sekutu lamanya, Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan BERSATU serta menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), baru-baru ini.

Mohamed Azmin bagaimanapun mengeluarkan kenyataan tidak lama selepas itu, menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan BERSATU adalah jati diri beliau.

Dalam pada itu, Fahmi menambah, mesyuarat MPP PKR semalam turut membincangkan perihal Pemilihan 2022 dan persiapan Kongres PKR.

Berhubung Pemilihan 2022, jelasnya, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam masa terdekat akan mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan baharu cabang dan pimpinan utama PKR selepas selesai seluruh proses aduan serta audit.

Menurut beliau, saf kepimpinan baharu itu perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan kukuh bagi menghadapi musuh politik PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain itu katanya, MPP memutuskan bahawa Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN diteruskan pada 15 Julai depan bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC) Shah Alam.

Beliau menjelaskan, Kongres Nasional juga diteruskan pada 16 dan 17 Julai depan di lokasi sama.

“Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi PRU-15 serta pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai 2022,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 minit yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar