web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gejala Rasuah, PH Gesa Reformasi, Tindakan Tegas

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 11:27AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengulangi komitmen untuk memerangi rasuah dan menggesa kerajaan melaksanakan beberapa reformasi serta tindakan tegas.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan menegaskan, reformasi tersebut merangkumi penguatkuasaan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik serta meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen.

Majlis Presiden jelas kenyataan itu, risau dan marah apabila meneliti berita atau laporan mengenai rasuah yang semakin bermaharajalela.

“Terbaharu adalah keterangan mahkamah Tan Sri Mohd Sidek Hassan, mantan Ketua Setiausaha Negara merangkap ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Berdasarkan laporan media, beliau menerima bayaran sehingga sebanyak RM30,000 sebulan walaupun tiada sebarang mesyuarat lembaga penasihat 1MDB diadakan,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Kenyataan itu menambah, perkembangan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana pada ketika Mohd Sidek menerima segala bayaran berkait 1MDB itu, beliau dikatakan masih memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

Dalam kes berhubung Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pula, majlis presiden memberitahu, seorang bekas pengarah UKSB berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima antara SG$200,000 (RM635,155) hingga SG$520,000(RM1,651,403) sebulan.

Menurut kenyataan tersebut, bekas pengarah itu juga berkata, Khairy Jamaluddin melalui UMNO Bahagian Rembau telah menerima antara RM50,000 hingga RM200,000.

“Kedua-dua kes ini amat merisaukan, bukan hanya kerana ia melibatkan tokoh-tokoh politik besar tetapi juga tokoh utama perkhidmatan awam,” katanya. - Getaran, 14 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad