web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO - BERSATU Tidak Boleh Tidur Sebantal - Noraini Ahmad

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 4:24PM

Wanita UMNO menolak kerjasama dengan BERSATU pada PRU ke-15 ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sukar untuk tidur sebantal kerana parti itu berlatarkan mimpi berbeza, kata Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Wanita jelasnya, kekal menyokong pendirian dibuat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) pada mesyuarat Februari lalu, yang menolak untuk bekerjasama dengan BERSATU pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

"Walaupun kita sekarang menjadi sebahagian daripada kerajaan,  tidak bermakna ia adalah lampu hijau untuk kerajaan sementara ini bertindak sewenang-wenangnya.''

Menurut beliau, sayap pimpinannya itu turut menyokong keputusan dibuat MKT untuk menarik sokongan diberikan terhadap BERSATU selama ini, termasuk menolak sebarang jalinan kerjasama membabitkan DAP dan PKR.

“Sudah tentu keputusan ini memberikan pelbagai implikasi politik kepada orang Melayu namun Wanita UMNO berpandangan, kita harus terus bersama dengan keputusan yang telah dibuat oleh akar umbi dan kepimpinan parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung tahunan Wanita Umno 2020.

Dalam perkembangan berkaitan, portfolio sebagai Menteri Pengajian Tinggi dilihat tidak menghalang Noraini untuk menyelar kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN), yang dilabelkan sebagai kerajaan sementara.

"Walaupun kita sekarang menjadi sebahagian daripada kerajaan,  tidak bermakna ia adalah lampu hijau untuk kerajaan sementara ini bertindak sewenang-wenangnya.

"Walaupun saya berpijak di dalam pentas yang sama, segala tindak-tanduk, segala keputusan yang boleh menodai kepercayaan rakyat, tidak semestinya kita akur,” katanya.

Berbeza dengan tahun sebelum, Perhimpunan Agung UMNO 2020 diadakan hanya dua hari, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan susulan penularan COVID-19. - Getaran, 27 Mac 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad