web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kepimpinan PH Akan Bertemu PM, Bincang RUU dan MOU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 1:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kepimpinan utama Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi berbincang mengenai Rang Undang-undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan memaklumkan, perjumpaan itu juga bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan memorandum persefahaman (MOU) gabungan politik tersebut dengan pihak kerajaan.

Menurut kenyataan tersebut, tiga perkara MOU yang masih perlu dilaksana adalah menetapkan had dua penggal atau 10 tahun bagi Perdana Menteri, membentang RUU Perkhidmatan Parlimen dan meminda Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Majlis Presiden PH kecewa atas kegagalan kerajaan memanggil sidang khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang RUU tersebut seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

"Walaupun begitu, PH berharap RUU tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini," katanya hari ini.

Dengan meluluskan RUU itu, tambah kenyataan tersebut, 15 dari 18 Perkara dalam Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan akan tercapai, bersamaan dengan 83 peratus.

Pada 26 Mei lalu, PH telah pun menggesa Perdana Menteri agar mengadakan sidang khas Parlimen bagi membahaskan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti secepat mungkin.

Majlis Presiden pada ketika itu berkata, Ismail Sabri perlu menunaikan janji membahaskan RUU berkenaan memandangkan beliau telah beberapa kali memberikan komitmen mengenai perkara tersebut. - Getaran, 13 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad