Berita Terkini

12 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Penangguhan Konvensyen PKR: JPP Lantik Pakar Digital Audit Keputusan Pemilihan Parti

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 7:47PM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sudah mendapatkan khidmat ‘Pakar Digital’ bagi melaksanakan audit menyeluruh terhadap sistem dibangunkannya, khususnya aplikasi ADIL yang digunakan pada Pemilihan PKR 2022.

Pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihak terbabit sedang bertungkus lumus melaksanakan siasatan terperinci terhadap bantahan dan aduan diterima berkaitan pemilihan parti itu.

Setakat ini, beliau menjelaskan, pihaknya berpuas hati dengan kemajuan kerja dilakukan mereka dan meyakini bahawa dapatan siasatan dikemukakan nanti, mampu memberi penjelasan terhadap sebarang kecelaruan serta pemahaman ditimbulkan pengadu.

“Sehubungan itu, JPP 2022 memerlukan sedikit masa lagi untuk tujuan ini sebelum memberikan senarai pemenang Pemilihan Keadilan 2022 di peringkat pimpinan Keadilan cabang, Wanita Keadilan cabang dan Angkatan Muda Keadilan cabang serta di peringkat Pusat yang sudah dimuktamadkan.

“Perkara itu akan dihantar kepada pejabat Setiausaha Agung untuk tujuan memuktamadkan perwakilan yang akan hadir ke Kongres Nasional,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan terdapat kepimpinan parti itu mengesahkan Kongres PKR yang dijadualkan akhir bulan ini, ditangguh ke 15 Julai hingga 17 Julai depan.

Menurut individu berkenaan, keputusan itu dibuat pada mesyuarat MPP semalam, bertujuan memberi ruang audit forensik menjalankan siasatan.

Katanya, mesyuarat berkenaan berjalan lancar dan keputusan tersebut diambil sebulat suara.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, pihaknya tetap berpegang kepada konsep ketelusan, integriti, adil dan profesional dalam proses Pemilihan PKR 2022.

“Keputusan tidak rasmi bagi peringkat cabang dan pimpinan utama Majlis Pimpinan Pusat yang diumumkan pada 29 Mei 2022 masih dalam proses penelitian, sebelum keputusan muktamad dikeluarkan.

“Ini khususnya bagi peringkat cabang untuk membolehkan jawatankuasa cabang dipilih, bermesyuarat dan bersedia menghantar perwakilan ke Kongres Nasional seperti dijadualkan,” katanya.

Rafizi Ramli - Gambar fail
Rafizi Ramli - Gambar fail

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, menewaskan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rafizi yang menguasai keseluruhan undian di semua negeri kecuali Sabah dan Perlis, memperoleh 68,992 undi, mengatasi Saifuddin yang memperoleh 50,038 undi.

Amiruddin Shari - Gambar fail
Amiruddin Shari - Gambar fail

Sementara bagi saingan Naib Presiden PKR, ia dimenangi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Amiruddin yang memperoleh undian tertinggi di Selangor, memperoleh 52,845 undi keseluruhan, diikuti Lih Kang (41,290 undi), Nik Nazmi (40,506 undi) serta 38,894 undi diperoleh Aminuddin.

Ketua AMK dimenangi mantan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim yang memperoleh 13,650 undi, mengatasi pesaingnya, Fahmi Zainol dengan 11,888 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR pula, persaingan itu dimenangi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail yang memperoleh 21,962 undi, mengatasi pencabarnya dengan majoriti tipis, iaitu 400 undi atau 21,562 undi keseluruhan, Ahli Dewan Negara, Senator Fadlina Sidek.

Dalam pemilihan kali ini, beberapa pemimpin kanan tewas dalam saingan merebut jawatan Naib Presiden PKR, antaranya Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Samsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil Mohamed Fadzil; Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tumpuan selepas ini adalah pemilihan 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita yang pencalonannya sudah dibuka secara dalam talian sejak semalam sehingga Selasa ini.

Berdasarkan takwim Pemilihan PKR 2022, proses pengundian dan keputusan bagi 20 jawatan AMK dan Wanita dijadualkan berlangsung pada Kongress AMK dan Wanita, 24 Jun ini, manakala pengundian dan keputusan bagi 20 jawatan MPP diumumkan ketika Kongres Nasional, 25 Jun depan. - Getaran, 10 Jun 2022. 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Lebih Berisiko Sebagai Pejalan Kaki Bukan Memandu, Kata MIROS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Tidak Layak Beri Kenyataan Selagi Gagal Bantu Panggil Menantu Hadapi Tuduhan Pecah Amanah – Fahmi