web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyertaan Selebriti Terima Stigma Negatif, Dipandang Remeh

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 3:24PM

Hans, Afdlin dan Altimet gagal menang jawatan yang ditandingi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyertaan golongan selebriti dalam kancah politik, khususnya pada pemilihan PKR yang berlangsung baru-baru ini dicemari dengan stigma negatif dan pandangan remeh pihak tertentu.

Pengarah terkemuka, Datuk Afdlin Shauki Aksan serentak dengan itu menafikan pandangan penganalisis bahawa ahli akar umbi cenderung memilih pemimpin parti yang sudah berjaya membuktikan prestasi masing-masing berbanding hanya status selebriti.

Turut senada dengan beliau ialah Datuk Hans Isaac dan pemuzik, Altimet yang tidak ketinggalan mencuba nasib merebut jawatan Ketua Cabang.

Afdlin berkata, negara pasti melahirkan ahli politik yang lebih baik jika penganalisis bidang itu juga berupaya memberikan pendapat yang lebih bernas.

“Boleh saya kata begitu? Atau adakah itu satu tindakan generalisasi semua penganalisis politik sebagai ‘tidak bagus’? Atau adakah kerana status sebagai artis maka saya tidak mempunyai kapasiti untuk memahami ‘kecemerlangan’ (dalam) perkataan yang dikeluarkan daripada penganalisis politik ini?” katanya kepada The Vibes.

Beliau yang juga aktor terkemuka berkata, laporan penganalisis berkenaan yang disiarkan media seolah membenarkan tanggapan bahawa selebriti hanya ‘berguna’ kerana populariti dimiliki, bukan disebabkan keupayaan mereka berfikir atau menyuarakan pendapat mengenai ketidak adilan.

Pada pemilihan yang berlangsung baru-baru ini, Afdlin tewas di tangan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam cubaan merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa.

Nik Nazmi yang juga penyandang jawatan memperoleh 482 undi berbanding 372 undi diraih Afdlin.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman dan Hans pula tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.

Keluh Afdlin, orang ramai cenderung memperlekeh anak seni, yang hak mereka dilihat tidak dilindungi sejak zaman Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Beliau berkata, terdapat persepsi bahawa ‘artis popular yang memiliki kuasa adalah perkara berbahaya’ dalam kalangan orang ramai.

Dalam perkembangan berkaitan Afldin menegaskan, keputusan pemilihan tersebut masih belum rasmi.

“(Penganalisis) juga membuat andaian bahawa tiada sokongan akar umbi untuk orang terkenal, tetapi jika anda melihat jumlah pemilihan parti baru-baru ini, kami tidak kalah banyak,” tambahnya.

Afdlin memberitahu, terdapat ramai individu terkenal lain yang telah berjaya dalam politik, seperti mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan dan Donald Trump, serta pemain kriket dan mantan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, dan pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, yang asalnya seorang pelawak.

Altimet, sebaliknya, kurang agresif dalam pandangannya dan menekankan tentang tanggapan terdahulu berhubung kelas kreatif yang ‘dihukum’ oleh rakyat Malaysia kerana tidak berpolitik, atau tidak mengetahui isu nasional.

“Secara terus-terang golongan ini berkata, ‘mereka ini hanya memikirkan tentang menyanyi dan menari’.

“Memasuki industri kreatif, sentiasa ada ancaman tersirat untuk tidak menentang kerajaan pada masa itu, kerana bimbang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian,” katanya.

Bagaimanapun, Altimet menjelaskan, mereka yang berada dalam industri kreatif mahu mengambil bahagian secara aktif dalam proses demokrasi Malaysia dan menjadi hak mereka untuk berbuat demikian kerana mereka membayar cukai dan mencari rezeki di negara ini.

“Ini adalah perkembangan baharu dan dialu-alukan. Ia sebahagian daripada negara kita yang semakin matang,” kata Altimet.

Menurut beliau, kumpulan mereka yang aktif politik dari kelas kreatif kini adalah perintis dan sememangnya akan menghadapi cabaran yang dianggap biasa.

Ini termasuk ejekan dan rasa tidak percaya tambahnya, tetapi kumpulan itu perlu terus maju.

“Jadi, walaupun tidak adil untuk memandangkan individu ini sekadar betapa terkenalnya mereka, kemasyuran mereka, ia boleh difahami. Ini adalah anjakan paradigma baharu untuk rakyat Malaysia.”

Sementara itu, Hans, yang juga mantan pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkata, ahli politik selebriti akan terus berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh integriti, walaupun mengalami kekalahan.

Katanya ahli politik datang dari pelbagai industri dan mengambil masa untuk memberi kesan.

“Kami juga mahir dalam apa yang dilalui Malaysia, dan memahami keperluan rakyat. Kami juga merasai keperitan apabila orang lain bergelut (dengan masalah).

“Memang mudah untuk mengulas sesuatu situasi, tetapi kami bertiga dan ramai lagi berusaha untuk membuat perubahan. Sehubungan itu, kami mengalu-alukan semua maklum balas,” tegasnya. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad