Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saya Akan Bertemu Anwar Untuk Rancang Strategi PRU-15 - Rafizi

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 8:33PM

Rafizi berkata tidak adil sekiranya rakyat dipaksa untuk memilih PKR dan PH hanya kerana pilihan lain itu lebih teruk.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan semalam, akan mengadakan pertemuan dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat, bagi membincang dan memulakan usaha serta strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, PKR akan kembali kuat apabila keseluruhan anggota termasuk dari peringkat akar umbi ke presiden, bergerak dengan satu strategi dan masing-masing melaksanakan tugasan secara berkesan.

Beliau berkata, kemunculan PKR sejak era reformasi banyak membentuk kematangan politik rakyat, malah walaupun parti itu tidak sentiasa memenangi pilihan raya, idea dibawa selalu menjadi titik tolak perubahan politik negara.

PKR, katanya, menzahirkan politik progresif pelbagai kaum sejak 1999 di kala idea itu mendahului zamannya.

Rafizi berkata, walaupun tidak berjaya pada peringkat awal, keyakinan anggota parti kepada idea politik progresif pelbagai kaum, membawa kepada perubahan besar pada PRU 2008 yang menjadi detik kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Sejak 2008, PKR dan rakan di dalam pakatan politik yang dipelopori menampilkan pula persaingan politik berasaskan idea berteraskan kepentingan rakyat.

“Pelbagai lontaran idea mengenai formula dan pendekatan baharu untuk menangani masalah struktur ekonomi rakyat, rasuah dan mengupayakan rakyat, merintis kepada perubahan dalam tahun 2018,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Rafizi, pencapaian demi pencapaian dalam sistem politik negara yang banyak dipelopori PKR sejak 1998, terbantut seketika akibat pelbagai muslihat politik selepas 2018.

“Kita terlupa bahawa setelah rakyat memberi kepercayaan kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14, kehendak dan aspirasi diletakkan mereka ke atas parti ini adalah lebih tinggi dari sebelumnya.

“Rakyat tahu bahawa UMNO/BN bergelumang rekod rasuah,  menyebabkan kepincangan yang membebankan rakyat sekarang. Rakyat juga tahu bahawa BERSATU/Perikatan Nasional (PN) hanyalah pakatan politik yang mengejar kuasa tanpa perbezaan ketara dari UMNO/BN,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, tidak adil sekiranya rakyat dipaksa untuk memilih PKR dan PH hanya kerana pilihan lain itu lebih teruk.

Tegasnya, sebagai orang biasa yang tidak berjawatan dan menjalani kehidupan awam sejak 2018, beliau memahami perasaan pengundi dalam kalangan rakyat biasa.

Mereka, katanya, lebih arif mengenai kegagalan sistem dan masalah struktur di negara ini kerana berdepan dengan situasi itu setiap hari.

“Sebagai rakyat biasa juga, saya percaya rakyat mahukan idea penyelesaian ditampilkan barisan pentadbir dalam kalangan ahli politik yang ada wawasan.

“Tidak cukup untuk pimpinan PKR/PH faham masalah secara mendalam dan berjaya mengutarakan penyelesaian, rakyat mahu melihat barisan bakal menteri yang diyakini mampu melaksanakan penyelesaian itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, realiti kehendak pengundi kini sudah berubah, bukan lagi berlandaskan kepada soal PKR dan PH dilihat lebih bersih (secara relatif) berbanding BN dan PN, malah parti itu perlu lebih cerdik serta cekap sebagai pentadbir dan bakal menteri.

Justeru, katanya, beliau dan rakan calon lain mengambil risiko bertanding pada pemilihan PKR dengan bertarung berasaskan idea seperti itu.

Malah, katanya, beliau diberitahu anggota PKR tidak akan memahami mesej terbabit atau mereka lebih mementingkan soal peribadi dari gagasan idea.

“Sejak dari awal, saya nyatakan bahawa sebagai parti yang ingin terus mempengaruhi perubahan politik negara, kita mesti yakin dengan kebijaksanaan rakyat kerana jika gagal meyakinkan rakyat kali ini, usaha kita masih tempang dan belum cukup baik, bukannya rakyat tidak cerdik.

“Kita perlu kekal di landasan idea yang menghormati kebijaksanaan rakyat sehingga mereka yakin dengan idea dan keupayaan kita. Itu hanya akan berlaku jika kita menjadi sebuah parti lebih pintar, lebih agresif, lebih lincah, lebih cekap dan dibarisi pimpinan lebih muda serta bermutu,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangannya pada Pemilihan PKR 2022, Rafizi menzahirkan ucapan terima kasih kerana hampir keseluruhan anggota akar umbi parti berkenaan bersetuju dengan pendiriannya itu.

“Dalam sejarah pemilihan PKR sejak penubuhannya, tidak pernah calon seorang Timbalan Presiden mendapat mandat sebegini besar, selain dari undi popular hampir 60 peratus, lebih 80 peratus dari semua cabang di seluruh negara, meletakkan amanah sebagai Timbalan Presiden kepada saya.

“Saya tahu ia bukanlah sebab anggota akar umbi PKR lebih sukakan saya berbanding Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail. Saya tahu saya hanya seorang anggota biasa yang tidak berjawatan dan banyak kelemahan sendiri,” katanya.

Selain itu, Rafizi berkata, anggota akar umbi PKR memberikan mandat sebegitu besar kepada seorang anggota biasa tanpa jawatan sepertinya kerana mereka mahu parti itu kembali kepada landasan reformasi yang membentuk parti.

“Saya faham bahawa seperti mana mereka memberi mandat kepada saya, mereka juga boleh menarik mandat itu sekiranya keputusan dan tindak tanduk saya selepas ini, tidak mencerminkan aspirasi mereka.

“Begitulah resam dalam ketuanan rakyat yang kita bawa selama ini. Kuasa itu datang dari rakyat dan setiap yang berniat untuk mencebur diri dalam politik, wajiblah sentiasa mengingatinya,” katanya.

Pemilihan kali ini, katanya, berlangsung pada masa parti berada di persimpangan yang bakal mencorakkan arus politik negara untuk sedekad akan datang.

Apapun, beliau menyeru supaya keseluruhan pimpinan PKR di semua peringkat menerima dengan berlapang dada isyarat akar umbi yang dizahirkan di peti undi.

Bukan setakat itu, beliau turut berterima kasih kepada pesaingnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menghubunginya lebih awal sebelum keputusan tidak rasmi keluar.

Jelasnya, mereka berdua bersama-sama membina parti ini sejak 1998, justeru sesuatu yang bodoh jika ada beranggapan perbezaan pendapat mereka sebelum ini, boleh memutuskan keikhlasan dan kesetiaan kepada PKR.

“Saya dan rakan-rakan yang diberi mandat dalam pemilihan ini tidak mampu membalas jasa serta penat lelah anggota akar umbi di seluruh negara.

“Jasa itu akan kekal sebagai hutang dan insya-Allah saya akan sentiasa ingat bahawa hutang itu hanya langsai apabila kita berjaya membawa perubahan politik di negara ini sekali lagi,” katanya. - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Semasa 3 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Data PADU Tidak Akan Diintegrasi Dengan Sistem Bank - Rafizi

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 2 jam yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 2 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi