web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Simpati Tengku Zafrul Jadi Mangsa Spekulasi - Nazri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 8:47PM

Mohamed Nazri Abdul Aziz - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melahirkan rasa simpati apabila spekulasi mula timbul berhubung kawasan yang akan ditandingi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.

Menurut beliau, Tengku Zafrul hanya menjalankan tugas sebagai menteri yang antara lain menuntutnya untuk menyantuni mana-mana komuniti.

Bercakap kepada The Vibes, Nazri berkata, beliau simpati terhadap Tengku Zafrul kerana lelaki itu hanya menjalankan tugas diamanahkan di beberapa kawasan di Selangor, minggu lalu.

“Saya tak faham kenapa beliau menjadi mangsa serangan ahli parti sedangkan itu hanya tugas yang perlu dilakukan.

“Kasihan apabila beliau menjadi mangsa spekulasi akan bertanding setiap kali (mengadakan) lawatan rasmi. Beliau juga menjalankan tugas sebagai ahli parti,” katanya.

Nazri memberitahu, Tengku Zafrul ialah ahli UMNO dan telah bersama parti itu untuk satu tempoh yang agak lama.

Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Beliau bagaimanapun tidak menafikan atau mengesahkan desas-desus bahawa Senator itu akan bertanding di Parlimen Rengas dan berkata, perkara seumpama itu tertakluk kepada budi bicara kepimpinan parti.

“Di mana beliau akan bertanding, itu terpulang kepada kepimpinan. Tidak molek jika saya mengulas namun Tengku Zafrul ialah sahabat baik saya,” katanya.

Tengku Zafrul menjadi bahan kritikan ahli UMNO kebelakangan ini, termasuk beberapa pemimpin bahagian UMNO Selangor yang mendakwa menteri kanan itu ‘mengintai’ kerusi di negeri tersebut.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mempertahankan Tengku Zafrul, dengan berkata, beliau hanya menghadiri majlis atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan.

The Vibes sebelum ini melaporkan, sumber dalaman UMNO memberitahu, Tengku Zafrul sedang mengintai peluang bertanding pada PRU akan datang.

Mereka merujuk kepada kesediaan Nazri untuk membantu Tengku Zafrul mengukuhkan kedudukannya dalam politik. - The Vibes

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 51 minit yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad