web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sah! PBM Sudah Terima Borang Permohonan Zuraida

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 4:22PM

Zuraida Kamaruddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengesahkan telah menerima borang permohonan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Seri Zuraida Kamaruddin untuk menyertai parti itu, hari ini.

Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad berkata, permohonan tersebut akan melalui proses sewajarnya iaitu melalui perbincangan bersama Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PBM.

Katanya, keputusan permohonan tersebut akan dimaklumkan sejurus selepas itu.

“Bagi pihak PBM, kami amat berbangga dan teruja dengan perkara ini memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Parlimen berdedikasi, berwibawa dan mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang sebagai pemimpin yang dekat kepada rakyat di akar umbi.

“Perkara ini mengukuhkan lagi keyakinan kami bahawa enam teras perjuangan yang dibawa PBM terus mendapat sambutan dari pelbagai peringkat rakyat di negara ini dan menambah semangat kami dalam membina momentum untuk terus bekerja keras demi Bangsa Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai permohonan Zuraida untuk menyertai PBM selepas mengisytiharkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pagi tadi.

Serentak dengan keputusan meninggalkan BERSATU, Zuraida turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

“Insya-Allah saya akan berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

 “Saya juga akan berbincang tentang peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya.

Zuraida berkata, beliau berhasrat menyertai PBM selepas membuat pertimbangan yang mendalam mengenainya.

“Saya mempercayai perjuangan parti ini dan amat tertarik dengan enam prinsip terasnya.

“Antaranya keterlibatan pelbagai kaum, pemberdayaan wanita, pemerkasaan anak muda, pembangunan ekonomi, peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia negara maju,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau turut melihat banyak potensi dalam PBM terutamanya ketika rakyat sudah bosan dengan politik lama yang membantutkan kemajuan negara. – Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar