web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR: Rafizi Akui Wujud Masalah Teknikal

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 2:19PM

Rafizi akan menulis satu surat rasmi kepada JPP meminta supaya masalah teknikal di beberapa kawasan diselesaikan dengan segera. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Calon Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli mengakui berlaku masalah teknikal di beberapa kawasan termasuk membabitkan peranti ketika proses pemilihan secara fizikal parti itu ketika ini.

Beliau berkata perkara tersebut boleh menimbulkan keresahan dan kekecewaan ahli parti yang keluar mengundi tetapi tidak dapat berbuat demikian susulan masalah berkenaan.

“Yang ketara sekali kita memang ada masalah sistem seperti peranti ambil masa lama dan beberapa isu melibatkan pepijat sebab itu ada di beberapa tempat terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan kerana masalah ini.

“Saya faham sebab JPP (Jawatankuasa Pemilihan Parti) perlu uruskan proses pemilihan melibatkan sejuta orang dan hanya ada masa dua bulan...kita minta mereka selesaikan masalah sebelum pemilihan minggu depan di beberapa negeri (keahlian) besar seperti Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di sini malam tadi.

Sehubungan itu beliau akan menulis satu surat rasmi kepada JPP meminta supaya perkara itu diselesaikan dengan segera.

Semalam, media melaporkan proses pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di Cabang Padang Serai, Kedah terpaksa ditangguhkan selepas mendapat bantahan berikutan wujud rasa tidak puas hati selain masalah teknikal.

Dalam pada itu, Mohd Rafizi berkata jumlah ahli parti itu yang keluar mengundi setakat ini lebih rendah berbanding pemilihan lepas tetapi perkara itu sudah dijangkakan berikutan sebahagian daripada mereka akan mengundi secara dalam talian. - Bernama

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad