web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Rafizi Dapatkan Saya Kerja - Saifuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 5:32PM

Saifuddin Nasution - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyangkal dakwaan bahawa tugas sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung PKR selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu diperoleh hasil bantuan seterunya, Rafizi Ramli.

Dedah Saifuddin, Rafizi tidak pernah mempunyai hubungan baik dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, fakta mengatakan pekerjaan terbabit diperoleh atas bantuan Rafizi adalah tidak benar sama sekali kerana Guan Eng sendiri yang melantiknya ke jawatan tersebut.

“Saya kurang pasti kertas kerja apa disebut Rafizi yang memberikan saya jawatan di Pulau Pinang.

“Paling saya ingat Rafizi tidak pernah mempunyai hubungan baik  dengan Lim Guan Eng, apa lagi untuk mencadangkan pelantikan saya melalui kertas kerja kepada kerajaan negeri,” katanya hari ini.

Semalam Rafizi yang juga calon Timbalan Presiden PKR mendakwa, beliau berkorban demi membantu Saifuddin ketika “hilang kerja” selepas tewas, pada pilihan raya umum 2013.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau dan Guan Eng ketika masih menyandang jawatan Ketua Menteri kerap mengadakan perbincangan menyentuh isu Melayu dan Islam khususnya bagi memperbetulkan persepsi salah terhadap kerajaan Pulau Pinang.

“Beliau (Guan Eng) mempelawa saya untuk berkhidmat di sana dan dilantik sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri.

“Saya kemudian mencadang pelantikan Ustaz Wan Ji Wan Husin sebagai Pegawai Khas di Pejabat ketua Menteri. Kedua-dua kami berganding bahu dan bekerjasama rapat dengan EXCO Agama Datuk Abd Malik Kassim,” katanya.

Dalam ucapan kempennya di Pulau Pinang, Rafizi turut mendakwa memujuk Saifuddin agar kembali aktif dalam politik selepas PRU13 dan memberi laluan kepada lelaki itu untuk menjadi Setiausaha Agung PKR sehingga hari ini.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, Presiden PKR ketika itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melantiknya sebagai Setiausaha Agung pada 26 November 2016 bagi mengurangkan bebanan Razifi yang berdepan kes mahkamah.

“Rafizi dengan jawatan Naib Presiden, Setiausaha Agung dan Ahli Parlimen Pandan ketika itu sedang menghadapi beberapa kes mahkamah, termasuklah NFC.

“Perbincangan kami berdua dengan Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail tertumpu bagaimana mengurangkan beban Rafizi yang terpaksa turun naik mahkamah dan pada masa sama memastikan tugasan parti tidak terjejas.

“Akhirnya Dr Wan Azizah melantik saya semula sebagai Setiausaha Agung pada 26 November 2016,” katanya. - Getaran, 24 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad