web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Samakan ADUN Dengan Beruk Walau Niat Hanya Menegur - Hasni

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 12:11PM

Datuk Seri Hasni Mohammad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tidak wajar menyamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan beruk walau sekadar teguran.

Mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, ADUN Rengit itu seharusnya lebih terbuka dan mengamalkan politik matang selepas dilantik menjadi Speaker DUN Johor.

Menurut beliau, sebagai Speaker Dewan Negeri Johor, Mohd Puad tidak seharusnya berkata demikian, meskipun hanya sebagai peringatan.

“Sebagai Speaker dan Ahli Dewan Negeri, seeloknya beliau memberikan jaminan untuk lebih adil serta saksama.

“Pada masa sama, beliau perlu mengutarakan pelan tindakan bagi memperkuat institusi demokrasi negeri dalam masa terdekat,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Mohd Puad dilantik sebagai Speaker DUN Johor, pada sesi Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang ke-15, kelmarin.

Pencalonan Mohd Puad dikemukakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan disokong ADUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip.

Katanya, beliau berjanji untuk memikul amanah yang diberikan dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi.

“Saya ingin mengingatkan ahli dewan supaya sentiasa ingat terhadap titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Persidangan Ke-4 DUN Johor, yang mahu semua ahli dewan sentiasa berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri.

“Jangan dibenarkan dewan ini dengan perangai buruk. Ini adalah dewan mulia, bukan dewan sangkar beruk, titah baginda,” kata Mohd Puad.

Sementara itu, Hasni berpandangan seharusnya Mohd Puad mengamalkan dasar yang lebih baik agar mampu mengembalikan kemuliaan dan kepercayaan rakyat kepada politik.

Beliau yang juga ADUN Benut berkata, setiap pemimpin di negeri ini perlu mempunyai prinsip agar politik menjadi ruang yang kembali dihormati dan dipercayai setiap pihak, khususnya masyarakat.

“Dalam konteks kedudukan beliau (Mohd Puad), seharusnya melakukan reformasi politik, mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada institusi demokrasi serta ahli politik.

“Ini merupakan perkara yang lebih mustahak daripada memainkan sentimen ‘derogatory’ seperti itu,” katanya.

Mohd Puad, 64 tahun, menggantikan Suhaizan Kaiat dari AMANAH yang memegang jawatan itu sejak 2018 hingga awal 2021, sebelum Pilihan Raya Negeri Johor dilakukan dan menyaksikan kemenangan Barisan Nasional ke atas 40 kerusi.

Mohd Puad merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-12. (PRU-12)

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dari 2009 sehingga 2013. - Getaran, 23 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

‘Tak Perlu Suruh Zahid Letak Jawatan, Jangan Melatah!’ - Puad 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa, Siasat Segera Tun M, SPRM Perlu Berani Buka Fail Lama

3

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

4

Politik 2 tahun yang lalu

Blueprint Tanpa Tindakan Hanya Halusinasi UMNO - Hasni

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 15 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad