web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR 2022, ADUN Kota Anggerik Tawar Diri Tanding MPP

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Apr 2022 2:57PM

Mohd Najwan Halimi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Timbalan Ketua Cabang PKR Shah Alam pada Pemilihan PKR 2022 bulan depan.

Mengumumkan perkara itu, Mohd Najwan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas beliau mengadakan perbincangan dan mendengar pandangan daripada rakan pimpinan, anggota serta penyokongnya di peringkat cabang, negeri dan pusat parti.

Katanya, keputusan itu tidak lain adalah untuk memperkukuh organisasi parti, memperkuat institusi presiden dan menyusun gerak kerja PKR, khususnya dalam menggembleng kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Untuk mencapai tujuan di atas, maka dengan penuh tawaduk dan rendah diri, saya mengesahkan hasrat untuk menawarkan diri sebagai calon Timbalan Ketua Cabang PKR Shah Alam dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam Pemilihan PKR tahun ini.

“Dengan mendukung semangat keluarga besar PKR, saya berharap agar pemilihan kali ini dilaksanakan dalam suasana penuh hemah serta mengangkat politik berasaskan nilai, idea dan khidmat kepada parti dan anggota,” katanya.

Selaku ADUN di Selangor sejak tahun 2018, Mohd Najwan berkata, beliau komited dan konsisten dalam memastikan suara, aspirasi serta kepentingan masyarakat di kawasannya diangkat, selain diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri.

“Pada masa sama, selaku anggota PKR yang punya pengalaman dalam menerajui sayap pemuda negeri, pengukuhan organisasi pemuda dan perkadaran anggota baharu sentiasa menjadi keutamaan dalam gerak kerja politik saya baik di peringkat cabang serta negeri. 

“Ini terbukti menerusi pendaftaran ranting-ranting dan pertambahan jumlah anggota PKR khusus di Cabang Shah Alam yang kini mencecah lebih 11,000 anggota ketimbang 9,000 anggota pada 2018,” katanya.

Pemilihan PKR 2022 dijadualkan berlangsung pada 13 hingga 18 Mei ini.

Manakala, kempen secara rasmi pemilihan itu akan bermula selepas penamanan calon hari ini,” katanya - Getaran, 8 April 2022
 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga China Dikenal Pasti Anjur Pesta Dadah Di Hotel Kuala Lumpur

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

oleh Sophia Ahmad