web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Tidak Minta Sokongan Anwar Jadi PM Semula

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 11:35PM

Anwar (kanan, duduk) bersama Lim Kit Siang (tengah) dan Lim Guan Eng (kiri) pada majlis meraikan persaraan Lim Kit Siang dalam arena politik negara, malam ini. - Gambar dari Twitter Nga Kor Ming

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah meminta sokongannya untuk sekali lagi menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun beliau mengakui ada pertemuan antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tetapi perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan.

“Pertemuan sudah berlangsung untuk tempoh yang lama, saya tidak nafikan tapi tidak timbul persoalan mengenai keputusan PH untuk menyokong beliau (Muhyiddin),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan malam meraikan persaraan bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam arena politik negara dekat sini, malam tadi.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin pernah meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak diberitahu mengapa Ahli Parlimen Pagoh itu meminta sokongannya.

Diminta mengulas sama ada PH akan bekerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) diterajui Dr Mahathir pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Anwar berkata, perkara itu belum dibincangkan.

“Belum berbangkit lagi,” katanya ringkas.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Mengenai perubahan kepimpinan dalam DAP, Anwar berkata, PKR menjalin kerjasama baik dengan barisan kepimpinan baharu parti itu.

“Saya fikir kami bekerja dengan baik bersama pasukan baharu yang diketuai Anthony Loke.

“Saya juga telah berbincang dengannya dan saya fikir kami akan bekerjasama dengan baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas pertembungan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu, Anwar mengakui kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

“Saya lihat ada dua perkara, pertama persaingan itu lebih mesra berdasarkan keutamaan dan hala tuju dasar parti.

“Kedua, tiada dendam, tidak seperti persaingan pada masa lalu. Dan kedua-dua personaliti ini kuat, tidak khianat dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Pemilihan PKR bagi sesi 2022 hingga 2025 akan berlangsung pada 13 hingga 18 Mei ini.  - Getaran, 1 April 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 20 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 13 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM