web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saifuddin Umum Tanding Timbalan Presiden PKR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 7:08PM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

Langkah berkenaan bakal menyaksikan pertembungan dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam perebutan kerusi itu bulan depan.

Saifuddin yang merupakan Setiausaha Agung PKR membuat pengumuman berkenaan pada Mesyuarat Agung Cabang Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kelantan, hari ini.

Beliau memohon dan merayu anggota parti membuat pertimbangan serta memberi sokongan dengan mengambil kira ketaatannya kepada pimpinan dan perjuangan parti sejak hampir 23 tahun lalu.

Beliau memberi jaminan akan memastikan komitmen dan usaha ahli dalam memperjuangkan parti akan dihargai dengan sewajarnya.

''Saya ingin anggota parti memfokus kepada sikap dan pendirian saya. Saya akan meletakkan diri saya sebagai pemain pasukan yang memberikan penghargaan ke atas usaha semua orang,'' katanya.

Selain itu, Saifuddin turut menyebut bahawa beliau telah berkhidmat kepada parti terutamanya semasa pilihan raya umum (PRU) yang telah berlangsung sejak 2008, iaitu ketika PKR berjaya dengan menjadi sebahagian daripada gabungan pembangkang yang menguasai lima negeri.

''Saya bersama pimpinan lain turut membantu parti dalam urusan rundingan kerusi, pembikinan manifesto, perancangan strategi, pengukuhan jentera dan kempen seluruh negara pada PRU 2008, 2013 dan 2018,'' katanya.

Saifuddin dalam masa sama turut mengalu-alukan keputusan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk bertanding merebut jawatan sama.

Malah beliau menyifatkan menyifatkan Rafizi bukan sahaja merupakan aset parti tetapi seorang yang kreatif, intelektual, tinggi daya juang dan dihormati rakan dan lawan.

“Justeru, pertandingan ini (antara saya dan Rafizi) adalah tawaran dua rakan yang mahu terus memperkasakan parti,” katanya.

Pemilihan PKR dijadualkan pada 13 hingga 18 Mei ini manakala proses penamaan ditetapkan pada 9 April.

Rafizi sebelum ini menyatakan hasratnya untuk kembali aktif dalam politik dan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Beliau memetik prestasi hambar parti itu dan gabungan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum itu, serta kekalahan sebelum ini di Sabah (September 2020), Melaka (November 2021) dan Sarawak (Disember 2021).

Rafizi juga mendakwa Majlis Presiden PH telah bersetuju untuk berbincang dengan Perikatan Nasional pimpinan BERSATU tentang kemungkinan bekerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dua hari selepas pengumuman Rafizi, Farhash mengkritiknya seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi dan membayangkan bahawa beliau mahu mengambil alih Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa Rafizi juga mempersendakan Anwar sebagai lemah dalam mengumumkan kepulangannya dan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Beliau merujuk kepada Rafizi yang berehat daripada politik sebelum ini kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan parti.

Menariknya, Farhash seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini bersedia memberi laluan kepada Saifuddin Nasution Ismail, sekiranya setiausaha agung PKR itu bertanding jawatan kedua tertinggi parti. – The Vibes, 1 April 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM