web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Ada Jumpa Tun M - Mukhriz

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 7:35PM

Mukhriz berkata PEJUANG bersifat terbuka dan sedia mengenepikan sejarah lama dengan BERSATU jika matlamatnya adalah untuk rakyat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa berjumpa dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung cadangan kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Perkara itu didedahkan Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berkata, pertemuan itu diadakan dua minggu lepas.

Bagaimanapun menurut Mukhriz, PEJUANG masih belum memberi keputusan berhubung cadangan tersebut.

“Tan Sri Muhyiddin ada datang jumpa Tun (Mahathir) dua minggu lalu selepas PRN Johor. Dia yang mohon jumpa dan Tun kata ‘ok’ untuk jumpa. 

“Setakat ini ‘pendekatan’ sudah ada tetapi setuju atau tidak belum ada lagi.

“Mungkin saya boleh katakan buat masa ini kita kurang setuju dengan apa yang dicadangkan,” katanya pada sidang media selepas program pemukiman PEJUANG di sini.

Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, PEJUANG turut menerima tawaran kerjasama daripada pembangkang lain.

Katanya, PEJUANG bersifat terbuka dan sedia mengenepikan sejarah lama dengan BERSATU jika matlamatnya adalah untuk rakyat.

Perkara terpenting jelas Mukhriz, ialah menjatuhkan UMNO dan membebaskan negara dari terus dikuasai puak kleptokrat.

“Kena fahamlah kan ‘luka’ kami belum pulih lagi dan masih ‘berdarah’, namun kami faham demi negara dan rakyat, tak ada benda yang kami tak sanggup buat kalau niat itu betul.

“Namun, jika niat tak betul macam mana kami nak setuju, misalnya, tidak akan bergabung bagi tujuan melepaskan diri daripada mahkamah.

“Kami sejak awal lagi tidak mahu bersekongkol dengan mereka,” ujarnya. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 11 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 20 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran