web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Ada Masalah Kekalkan Kerusi Kuala Nerus Tanpa Khairuddin - PAS

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 5:31PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu yakin dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) biarpun tanpa kehadiran Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Hanafiah Mat berkata, tindakan Mohd Khairuddin itu tidak akan sesekali mengalihkan sokongan pengundi PAS.

“Saya rasa pengundi tidak lari. Setakat kajian yang kita buat di lapangan, pengundi masih istiqamah dengan PAS. Ini kerana kewujudan wakil rakyat adalah untuk memenuhi kehendak pengundi di situ. Bila mari ahli Parlimen, secara automatik mereka akan beri peluang (undi).

“Jadi kita tak ada masalah nak kekalkan kerusi Kuala Nerus ini. Adalah calon yang kita akan cari untuk ganti dan Insya Allah, pengundi akan tetap bersama dengan kita,” katanya kepada media di sini.

Hanafiah Mat
Hanafiah Mat

Beliau yang juga Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional berkata, perbincangan juga telah diadakan berhubung tugas menjaga kawasan Parlimen Kuala Nerus yang diserahkan kepada PAS kawasan itu.

Tambahnya, PAS memberi jaminan kepada pengundi Kuala Nerus bahawa suara dan hak mereka akan terus dijaga biarpun wakil rakyatnya bertindak keluar dari parti.

“Kita akan pastikan perjalanan aktiviti di Kuala Nerus diteruskan dan tugas ini akan diambil alih PAS kawasan, dibantu beberapa wakil rakyat kita. Yang penting kita nak pengundi rasa yang mereka masih ada lagi ada ahli Parlimen di situ

“Selepas ini segala masalah berkaitan dengan kebajikan bolehlah terus membuat aduan di pejabat PAS Kuala Nerus,” katanya.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Mohd Khairuddin bertanding di kerusi  Parlimen Kuala Nerus atas tiket PAS.

Beliau  yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi membuat keputusan mengejutkan dengan mengumumkan keluar dari PAS. - Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad