web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketua Puteri UMNO Tak Hormat Perdana Menteri?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 4:58PM

Datuk Zahida Zarik Khan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang tidak bangun semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan dewan persidangan sayap itu hari ini, dikatakan sebagai tidak menghormati pemimpin kanan negara itu.

Perkara terbabit tercetus susulan gambar memaparkan seolah-olah pemimpin muda itu kekal duduk, ketika beberapa ahli parti berkenaan berdiri semasa Ismail menghampiri mereka.

Gambar itu dikongsikan akaun Facebook menggunakan nama Madi Azmadi, dipercayai milik Ketua Cawangan Damansara Uptown, Mohamed Azmadi Mohamed Samsuddin hari ini.

“Ada bukti bergambar, Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan tak bangun hormat semasa Perdana Menteri meninggalkan dewan persidangan tadi. Tak pastilah tak sengaja, tak perasan atau sememangnya buta.

“Bukan isu besar pun. Cuma parti ini parti yang mengajar tertib dan tatasusila. Kalau betul bagai dikata, nampaklah kurang adab,” katanya.

 

Ada bukti bergambar, Ketua Puteri UMNO Zahida Zarik Khan tak bangun hormat semasa PM meninggalkan dewan persidangan...

Posted by Madi Azmadi on Wednesday, March 16, 2022

Mohamed Azmadi berkata, walaupun sekiranya pemimpin muda itu tidak mahu menghormati Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, beliau sepatutnya menunjukkan hormat terhadap Naib Presiden terbabit kerana lebih kanan berbanding jawatan Ketua Puteri.

Bagaimanapun perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi pengikut akaun terbabit dengan kebanyakan mereka mempertikaikan tindakan individu berkenaan, selain menyifatkannya sebagai isu remeh dan tindakan tidak matang.

Mereka turut mengatakan ‘sekeping’ gambar seperti itu tidak mencerminkan situasi sebenar.

“Ini pun nak buat isu cari gaduh,” kata Mohd Fadzil.

“Dengan sekeping gambar ini pun nak jadi isu ke,” coret Aza Khairi Ali.

“Aku tengok macam Perdana Menteri dah berlalu dan dia (Zahida) duduk selepas itu. Wallahualam lah,” tulis Ikmal Anuar.

“Kalau sesaat selepas gambar ini, dia bangun macam mana? Jangan kekalkan mindset budak tadika,” ujar Syahrezal Ab Ghani.

“Jangan panjangkan dulu perkara yang tak pasti. Kita tunggu kalau ada reaksi jelas bentuk video, mungkin masa itu boleh ulas dan buat telahan kot,” kongsi Farizan Ahmad. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad