web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nasib MN, Tarikh PRU, Isu MB Johor Dijangka Meriahkan PAU 2021

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 4:27PM

Ahmd Zahid Hamidi - Gambar fail UMNO Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nasib Muafakat Nasional (MN) dan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) dijangka antara agenda besar yang bakal menjadi topik hangat pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) sebaik ia membuka tirai malam ini.

Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ketika menyuarakan pendapatnya berkata, hubungan UMNO-PAS yang sejak kebelakangan ini semakin renggang pastinya menjadi antara topik utama.

Menurutnya, nasib MN selaku jambatan antara hubungan UMNO dan PAS akan ditentukan berdasarkan saranan setiap perwakilan yang diberi pentas untuk menyampaikan hujah masing-masing.

“Selain daripada itu, sudah pastinya perwakilan akan menggesa pimpinan parti untuk mengadakan PRU ke 15 lebih awal berdasarkan situasi semasa politik tanah air.

“Ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) memiliki momentum untuk memperoleh kemenangan besar berdasarkan tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sudah berlangsung iaitu di Melaka, Sarawak dan terbaharu di Johor,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut beliau, selain daripada memiliki momentum kemenangan, pastinya perwakilan UMNO menyedari bahawa pihak pembangkang kini berada dalam keadaan sangat lemah, justeru tidak mustahil jika gesaan itu antara perkara besar yang akan dibincangkan.

“Sekiranya PRU dilewatkan, kemungkinan untuk mereka hilang momentum kemenangan itu ada kerana ia memberi ruang kepada pembangkang untuk menyusun semula strategi dan mengeratkan hubungan sesama mereka.

“Itu akan membuatkan hubungan antara UMNO dengan PAS amat penting kerana pertembungan tiga penjuru nyata tidak memberikan kelebihan kepada kedua-dua parti pada PRU14 lalu,” katanya.

Selain itu, menurut Awang Azman, pelantikan Menteri Besar Johor juga pastinya menjadi persoalan utama perwakilan bagi mendapatkan penjelasan daripada kepimpinan parti.

“Mana tidaknya, ketika kempen sedang berlangsung, ‘poster boy’ BN adalah Datuk Seri Ir Hasni Mohammad namun yang mengangkat sumpah adalah Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Ia pasti menjadi persoalan terbesar perwakilan UMNO di pelusuk negara dan mereka pasti mahukan penjelasan daripada pimpinan parti,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad