web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemenangan PRN Suntik Semangat Perwakilan - Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 5:35PM

Ahmad Maslan berkata, PAU yang bermula Rabu ini akan diwarnai semangat kemenangan dan rasa kesyukuran. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dua hari lalu bakal menjadi suntikan semangat kepada 5,471 perwakilan seluruh negara pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bermula 16 hingga 19 Mac ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, PAU yang bermula Rabu ini akan diwarnai semangat kemenangan dan rasa kesyukuran selepas BN berjaya menguasai beberapa PRN termasuk di Melaka.

“Siri kemenangan BN dan rakan BN beri nafas kepada UMNO dan perwakilan, ia akan mewarnai perhimpunan kali ini.

“Semangat kemenangan dan rasa penuh kesyukuran kerana kemenangan PRN Melaka, semangat kesyukuran kerana kemenangan PRN Johor akan dibawa bersama oleh perwakilan UMNO,” katanya dalam sidang media sempena persiapan PAU 2022 di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Menurut beliau, UMNO dan BN akan terus bangkit dalam meneruskan perjuangan untuk menerajui negara.

Diminta mengulas dakwaan kononnya BN gagal memenangi undi popular, Ahmad berkata, sistem demokrasi negara tidak bertunjangkan kriteria tersebut, sebaliknya ditentukan oleh kerusi majoriti dimiliki.

“Parti yang memiliki majoriti dalam DUN atau Dewan Rakyat adalah pemerintah. Kita ikut majoriti siapa yang menang,” katanya.

Beliau menegaskan, pembangkang tidak boleh membuat pengiraan dengan mencampurkan semua undi diperoleh Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Bebas bagi menafikan kemenangan BN.

BN meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga dalam keputusan penuh PRN Johor, yang diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Gabungan itu memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish