web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin, Menteri BERSATU Perlu Lepas Jawatan - Puad Zarkashi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 5:16PM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu melepaskan jawatan dalam kerajaan pusat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Puad yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, presiden BERSATU itu sendiri telah menunjukkan kesediaan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, ekoran kekalahan parti tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Ujarnya, maruah Muhyiddin perlu dipersoalkan kerana Ahli Parlimen Pagoh itu berterusan menyerang UMNO, tetapi masih mahu berada dalam kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri dari parti berkenaan.

“Muhyiddin menyerang UMNO dan pemimpinnya dengan kasar. Justeru bermaruahkah Muhyiddin dan menteri BERSATU terus kekal dalam kerajaan yang dipimpin oleh UMNO?

“Tekanlah ‘button’ jika bermaruah. Bangsa Johor tidak percaya kamu prihatin Bangsa Johor,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Barisan Nasional (BN) diisytiharkan menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) hanya mampu meraih tiga kerusi.

Ekoran kekalahan tersebut, Muhyiddin dalam satu sidang media selepas PRN Johor memaklumkan, beliau sedia meletakkan jawatan daripada mengetuai gabungan itu sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan PN. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 minggu yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan