web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RoS Luluskan Pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah - Hajiji

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 4:36PM

Datuk Hajiji Noor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai badan gabungan parti politik rasmi di negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata GRS memperoleh sijil kelulusan pendaftarannya itu daripada RoS pada Jumaat lepas (11 Mac) selepas menghantar permohonan beberapa minggu lalu dan kelulusan itu memenuhi permintaan semua pihak yang mahu gabungan itu didaftarkan secara sah.

“Ini adalah perkembangan amat bersejarah, satu jajaran politik baharu di Sabah dan kami harap dengan pendaftaran ini kami akan menyatupadukan lagi parti-parti yang ada di Sabah.

“Selepas pendaftaran GRS disahkan, gabungan parti ini akan digunakan untuk membangunkan negeri Sabah. Ini merupakan langkah yang sesuai dan terbaik dalam keadaan politik Sabah yang wujud pada hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir pada majlis pelancaran Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Pusat Konvensyen Sabah di sini yang turut dihadiri Presiden Parti KDM Datuk Peter Anthony.

Mengulas pelancaran KDM itu, Hajiji berkata GRS mengalu-alukan minat dan hasrat KDM untuk bersama-sama dengan GRS.

Sementara itu, Peter berkata pihaknya bersedia menerima apa juga pandangan serta teguran mengenai hasrat parti itu menyertai GRS dan menyerahkan sepenuhnya kepada gabungan itu untuk mempertimbangkan penyertaan tersebut.

“Kami telah menyerahkan surat permohonan untuk memasuki (GRS) kepada Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS,” katanya sambil menyatakan bahawa sudah sampai masanya gencatan politik dilaksana di Sabah demi membangunkan negeri itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad