web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemenangan Besar PRN Johor Kerana Rakyat Sudah Boleh Buat Perbandingan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 3:41PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor semalam disebabkan pengundi dan rakyat negeri itu sudah boleh membandingkan prestasi antara kerajaan Pusat ketika ini dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) pasca pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dulu rakyat tidak boleh membuat perbandingan kerana negara hanya diperintah BN lebih 60 tahun dan tidak berpeluang melihat corak pentadbiran selain daripada BN.

“Jadi, selepas PRU-14, rakyat memperkatakan kelemahan BN dan sebagainya, jadi ada tawaran yang baru dengan janji-janji, tapi ternyata bahawa apa yang dijanjikan (kerajaan PH) tidak mampu dipenuhi dan rakyat boleh buat perbandingan siapa yang lebih baik.

“Kalau dulu (rakyat) tak boleh buat perbandingan dan sebab itu tak boleh buat pilihan, hari ini dah ada perbandingan, mana yang lebih baik dan kita ada bukti prihatin dan membantu rakyat, jadi rakyat boleh faham dan sedar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pengundi dan rakyat melihat kepada keupayaan BN dan kelemahan PH memudahkan mereka membuat pilihan, justeru hasilnya diterjemahkan dalam bentuk keputusan PRN di Melaka, Johor serta Sarawak.

“Saya harap selepas kemenangan ini tidak ada perpecahan sesama masyarakat di Johor dan seperti yang saya kata, kita memerlukan kerajaan yang stabil untuk membangunkan negeri Johor.

“Semua pihak perlulah menyokong kerajaan (negeri Johor) ini untuk kepentingan rakyat. Selepas pertandingan, lupakan semua itu kerana yang penting, perlu hidup sebagai Keluarga Malaysia dan bersama membantu Datuk Hasni Mohammad jika dilantik semula sebagai Menteri Besar untuk meneruskan pembangunan di Johor,” katanya.

PRN Johor menyaksikan BN menang di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi, manakala PH (11 kerusi) dan masing-masing satu kerusi bagi PKR dan Muda.

Ketika ditanya mengenai hubungan dalam Kabinet susulan keputusan PRN Johor, Ismail Sabri berkata, semua anggota Kabinet sentiasa bersikap profesional dan tidak menjadikan pertembungan ketika PRN sebagai alasan untuk enggan menjalankan tugas dengan baik.

“Saya fikir tidak ada masalah (hubungan) dalam Kabinet, sebelum ini kita bertembung di PRN Melaka dan kemudiannya di Johor, kami semua profesional dan kita fokus kepada isu membabitkan kepentingan rakyat.

“Segala keputusan dan dasar negara dibincangkan secara bersama dan diputuskan secara bersama, kita tidak bawa pertembungan itu (PRN) dalam (mesyuarat) Kabinet,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad