web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemenangan BN Hadiah Untuk Rakyat Johor, Bakal Realisasi Ikhtiar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 1:12AM

Ahmad Zahid Hamidi berucap meraikan kemenangan BN membentuk kerajaan di Johor. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejayaan parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai hadiah untuk seluruh rakyat negeri berkenaan.

Beliau berkata, kemenangan yang membolehkan BN sekali lagi membentuk kerajaan di Johor itu juga adalah hasil sokongan rakyat mengundi dan memberikan mandat terhadap calon parti berkenaan.

“Keputusan (kemenangan) tidak rasmi diumumkan itu di luar jangkaan kita, syukur Alhamdulillah.

“Namun, dengan tiada perasaan sombong, riak atau takbur, jauh juga ujub, kita merasakan bahawa kejayaan ini adalah hadiah untuk seluruh rakyat Johor yang sudah memberikan kejayaan semula kepada BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara langsung menerusi media sosial selepas pengumuman kemenangan parti itu pada PRN Johor, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Selain itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan beberapa pemimpin kanan BN turut hadir.

Ahmad Zahid bersama Hasni Mohammad meraikan kemenangan BN menubuhkan kerajaan di Johor. - Gambar Alif Omar
Ahmad Zahid bersama Hasni Mohammad meraikan kemenangan BN menubuhkan kerajaan di Johor. - Gambar Alif Omar

Menurut Ahmad Zahid, susulan kemenangan itu, beliau akan mengemukakan nama Datuk Ir Hasni Mohammad kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar negeri berkenaan.

Jelasnya, parti itu juga akan melaksanakan Ikhtiar BN sebagai komitmen bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran masa depan Johor.

Kepimpinan BN di peringkat pusat, katanya, akan membantu Hasni melaksanakan semua komitmen terbabit secepat mungkin dan ia dimulakan menerusi peruntukan Belanjawan 2023.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengumuman, BN memenangi 29 daripada 56 kerusi diperuntukkan pada PRN Johor, setakat jam 11.05 malam ini.

Keputusan itu membolehkan BN memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada kerusi dipertandingkan.

PRN Johor menyaksikan seramai 2,599,797 pemilih keluar mengundi di 1,021 pusat mengundi, membabitkan 4,638 saluran di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 239 calon, iaitu 202 lelaki dan 37 wanita daripada 11 parti politik dan Bebas berentap untuk merebut kerusi DUN ditandingi. – Getaran, 12 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish