web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


87 Peratus Pengundi Awal Tunai Tanggungjawab

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 7:02PM

Salah seorang anggota polis marin melaksanakan tanggungjawab mengundi pada proses pengundian awal di Markas Pasukan Polis Marin, Tampoi, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tepat jam 5 petang tadi berakhirlah proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan pegawai dan anggota polis serta tentera bersama pasangan mereka.

Usai proses itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan kadar peratusan keluar mengundi hari ini mencapai 87 peratus.

Itu bermakna, seramai kira-kira 19,601 polis dan tentera keluar menunaikan tanggungjawab mereka, berbanding jumlah keseluruhannya iaitu 22,531 yang layak mengundi awal pada pilihan raya berkenaan.

Anggota polis menunggu giliran pada proses pengundian awal di  Markas Pasukan Polis Marin, Tampoi, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman
Anggota polis menunggu giliran pada proses pengundian awal di Markas Pasukan Polis Marin, Tampoi, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Undi awal hari ini membabitkan 11,576 pegawai dan anggota polis serta pasangan, manakala 10,955 adalah pegawai dan anggota tentera serta pasangan.

Sebanyak 63 pusat mengundi dengan 83 saluran dibuka bagi proses pengundian awal PRN Johor yang bermula jam 8 pagi tadi.

Daripada 63 pusat mengundi awal ini, sebanyak 29 pusat dibuka sehingga jam 12 tengah hari, lapan sehingga jam 2 petang dan selebihnya ditutup pada jam 5 petang.

Proses pengundian awal PRN Johor dilaksanakan dengan SOP yang ketat. - Gambar Azim Abd Rahman
Proses pengundian awal PRN Johor dilaksanakan dengan SOP yang ketat. - Gambar Azim Abd Rahman

Pada PRN Johor, terdapat 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan pengundi awal tentera, iaitu DUN Jementah, Parit Raja, Senggarang, Mahkota, Tenggaroh, Pasir Raja, Tanjung Surat, Johor Jaya, Permas dan Senai.

Hari membuang undi PRN Johor pula dijadualkan pada Sabtu ini dengan seramai 239 calon bertanding merebut 56 kerusi dipertandingkan. - Getaran, 8 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 8 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad