web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 200,000 Rakyat Johor Di Singapura Layak Undi Pos

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 7:16PM

Hasni ketika merasmikan Majlis Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Johor 2022.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Dianggarkan hampir 200,000 rakyat Johor yang menetap di Singapura layak mengundi secara pos pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, jumlah itu meliputi lebih sebahagian daripada 300,000 pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura.

Beliau berkata, angka itu diperoleh daripada jumlah pendaftaran di aplikasi ImmuPlan, iaitu platform vaksinasi kerajaan negeri yang melaksanakan semua jenis program dan inisiatif melibatkan pembekalan vaksin.

“Ketika Johor sudah mendapatkan tarikh mengadakan PRN Johor, kita memohon supaya undi pos dibenarkan kepada pekerja Malaysia yang berada di republik itu kerana mereka tidak dibenarkan membuang undi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

“Oleh kerana sekatan rentas negara, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya membenarkan permohonan kita bagi membuat undi pos walaupun dahulunya ia tidak dibenarkan. Langkah itu sebagai pemudah cara buat rakyat Johor di Kota Singa itu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, seterusnya menyumbang kepada proses demokrasi terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Kepimpinan Pusat Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Johor 2022 di Senai di sini, hari ini.

Hasni berkata, kerajaan percaya kaedah undi pos adalah kaedah terbaik buat masa ini, berikutan kuota Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang dilaksanakan di sempadan Malaysia - Singapura sehingga kini adalah terhad.

“Saya difahamkan bahawa pihak SPR kini sedang dalam proses menghantar kertas undi pos ke negara itu selepas senarai calon yang bertanding sudah dimuktamadkan,” jelasnya.

Tarikh mengundi awal adalah pada 8 Mac, manakala hari mengundi adalah pada 12 Mac ini. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Pemimpin UMNO Digugurkan Perlu Sokong Muka Baharu, Bantu Menangkan Kerusi

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

3

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

4

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad