web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketiadaan Tun M, UMNO Dijangka Menang Besar?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 2:51PM

Tun Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketiadaan kelibat Tun Dr Mahathir Mohamad turun padang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dijangka memberi laluan mudah dan kelebihan kepada UMNO meraih majoriti undi, seterusnya membantu kemenangan Barisan Nasional (BN).

Penganalisis Politik, Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, mantan Perdana Menteri itu dianggap memiliki x-factor tersendiri untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

“Tiada lagi keterlibatan Dr Mahathir menjadi antara faktor yang akan menyaksikan UMNO dijangka menang besar pada PRN Johor seperti mana berlaku pada PRN Melaka, November tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata, faktor lain boleh membantu kemenangan UMNO adalah kesetiaan pengundi yang akan mengikut pemimpin parti itu dan memberi undi kepada mereka.

 “Sebagai contoh adalah ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan ramai pemimpin UMNO tiba-tiba melompat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan diikuti pengundi masing-masing.

“Disebabkan itu, sudah pasti pengundi yang terdiri daripada penyokong tegar UMNO, mahukan parti itu dan BN kembali menguasai Johor serta mendominasi kekuatan untuk kestabilan pembangunan negeri berkenaan,” katanya.

Kartini berkata, faktor tambahan mendorong kemampuan UMNO untuk menang adalah keupayaannya merampas semula kerusi pada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak tahun 2019, yang menjadi milik Pakatan Harapan (PH) ketika parti itu masih membentuk kerajaan.

Profesor Dr Kartini Aboo Talib
Profesor Dr Kartini Aboo Talib

Menurutnya, jika diperhatikan PRK ketika itu, kesemuanya dimenangi BN bermula di Cameron, Pahang dan disusuli Semenyih, Selangor; Chini, Pahang; Tanjung Piai, Johor; Kimanis, Sabah serta Slim, Perak.

Kekuatan BN itu, katanya, berterusan pada PRN Melaka apabila parti terbabit meraih kemenangan lebih dua pertiga majoriti dan begitu juga ketika PRN Sarawak.

“Jadi semua pola ini membawa indikasi bahawa BN mungkin boleh menyapu bersih ataupun mempunyai kekuatan yang saya kira mampu untuk menggembleng Johor,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Kartini berkata, pertembungan banyak penjuru pada PRN Johor adalah perkara biasa bagi meraikan demokrasi dan kepelbagaian parti yang ada.

Justeru, katanya, umpama ‘alah bisa tegal biasa’, keadaan itu tidak menimbulkan masalah besar sehingga boleh menyebabkan perpecahan undi ketara yang merugikan, khususnya kepada parti Melayu.

“Sebelum undi pun, orang Melayu sudah ada banyak pilihan, antaranya UMNO, BERSATU, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Amanah Negara (AMANAH), PAS dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), jadi sememangnya kita sudah meraikan demokrasi serta kepelbagaian parti di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon bagi PRN Johor, manakala tarikh mengundi adalah 12 Mac depan dan pengundian awal, 8 Mac.

SPR menyasarkan 70 peratus pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab itu, malah memohon kerjasama semua pihak untuk menggalakkan individu berdaftar supaya mengundi.

PRN Johor dijangka lebih menarik berbanding Melaka dan Sarawak, kerana buat pertama kali golongan muda berumur 18 tahun ke atas layak mengundi menerusi pelaksanaan Undi18.

Ia juga dianggap menjadi penanda aras bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jika BN berjaya mendapatkan kemenangan di negeri berkenaan, ia memberi keyakinan kepada UMNO, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen.

Bagi PH, PRN Johor adalah peluang untuk menebus maruah dek kekalahan teruk parti itu di Melaka dan Sarawak.

Susulan harapan itu, strategi digunakan PH pada kali ini, amat berbeza berbanding ketika PRN Melaka, termasuk PKR menggunakan logo sendiri dan gabungan itu juga bersedia bekerjasama dengan MUDA bagi mengelak pertembungan kerusi, sekali gus memperkukuhkan undi. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

2

Politik 4 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

3

Politik 4 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

4

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad