web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertembungan Banyak Penjuru Rugikan Parti Melayu

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 8:11PM

Bendera-bendera yang mewakili parti-parti yang akan bertanding dalam PRN Johor memenuhi di sepanjang jalan ketika tinjauan sempena PRN Johor, di sekitar Jalan Sutera hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertembungan banyak penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menyebabkan berlaku pecah undi ketara sehingga merugikan setiap parti yang bertanding, kata Penganalisis Sosio Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Beliau berkata, kerugian itu akan lebih memberi kesan kepada parti Melayu, seperti UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan PAS.

“Malah saya tidak menafikan bahawa parti berbilang kaum akan mendapat kesan (kerugian) sama ekoran pertembungan banyak penjuru di PRN Johor,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Menarik perhatian, beliau memaklumkan pertembungan banyak calon politik di PRN Johor turut bakal memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“PH dan BN lebih cenderung untuk mendapat manfaat kerana ia parti lama di Semenanjung dan sudah ada jentera kukuh.

“Pertembungan banyak parti pada PRN Johor bukan sekadar menjadikannya medan persaingan sengit, malah dikhuatiri meninggalkan impak negatif kepada pentadbiran negeri,” katanya.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Awang Azman berkata, setakat ini masih sukar menjangkakan parti mana boleh meraih kemenangan besar pada PRN Johor walaupun ramai berpandangan BN lebih berpotensi.

“Hal (jangkaan) ini masih terlalu awal kerana kempen belum bermula. Pelbagai isu dan perubahan sentimen pengundi boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

“Malah mungkin ada kejutan politik luar jangka berlaku ketika kempen berlangsung yang boleh mengubah pola mengundi,” katanya.

Proses penamaan calon bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang diadakan semalam, secara rasmi membuka ‘gelanggang’ PRN Johor.

Bakal diadakan pada 12 Mac ini, PRN Johor disifatkan sengit dan menarik kerana menyaksikan pertembungan antara muka baharu dan lama dipertaruhkan setiap parti politik.

Daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan pada pilihan raya itu, perhatian diberikan kepada beberapa kerusi panas seperti DUN Larkin dan DUN Gambir.

PRN Johor menyaksikan seramai 2,597,742 daftar pemilih akan menunaikan tanggungjawab dengan 1,084 pusat mengundi dibuka dan membabitkan 4,720 saluran. - Getaran, 27 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad