web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Restu Ibu Iringi Langkah Aznan Di DUN Tanjung Surat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 2:04PM

Aznan, yang bertanding di DUN Tanjung Surat, bergambar bersama ibunya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Restu ibu mengiringi langkah calon Barisan Nasional (BN) Aznan Tamin, untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Aznan berkata, sudah menjadi kebiasaannya berbuat demikian sebelum melakukan sesuatu yang penting.

“Emak, reda emak adalah reda Allah. Doamu mampu menembus langit.

“Sebelum bergerak ke penamaan calon, perkara wajib yang saya lakukan ialah memohon restu ibu. Terima kasih mak atas segala-galanya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook selepas selesai proses penamaan, pagi tadi.

Aznan yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pengerang diberi watikah pencalonan menggantikan Datuk Syed Sis Abd Rahman.

Pada Khamis lalu, Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad mengumumkan nama Syed Sis sebagai calon di Tanjung Surat.

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam selepas pengumuman itu, BN dilaporkan menukarkan calon bagi kerusi yang terletak dalam Parlimen Pengerang itu.

Menurut Setiausaha Pemuda BN, Fadzmel Fadzil, pertukaran calon tersebut dibuat berdasarkan keputusan pucuk pimpinan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Syed Sis menewaskan calon PKR, Dr. Zamil Najwan Arbain di kerusi Tanjung Surat dengan majoriti 4,522 undi.

Seramai 2,574,835 pengundi biasa daripada keseluruhan 2,597,742 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN tersebut.

Daripada jumlah keseluruhan itu, 22,531 orang merupakan pengundi awal melibatkan 10,955 anggota tentera dan pasangan, 11,576 pula anggota polis manakala 376 pengundi lagi di luar negara. - Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad