web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peletakan Jawatan Khairuddin Sebagai Setiausaha MSU PAS Cetus Teka-Teki?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 4:35PM

Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS.

Menurut beliau, peletakan jawatan itu dibuat sewaktu menghadiri mesyuarat MSU yang diadakan secara hibrid malam tadi.

“Pada mesyuarat berkenaan, saya mengumumkan peletakan jawatan atau pemberhentian sebagai Setiausaha MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan PAS Fasal 8(7).

“Saya juga meletakkan jawatan atau pemberhentian sebagai Ahli MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan PAS Fasal 8(5),” katanya hari ini.

Begitu pun, peletakan jawatan itu menimbulkan persoalan kerana Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri mengesahkan bahawa pengguguran Mohd Khairuddin seperti diputuskan dalam mesyuarat PAS adalah kerana masalah disiplin.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, Mohd Khairuddin kini hanya ahli biasa PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tersebut berjanji akan terus menjalankan amanah sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus (PAS) dan juga tugasan lain dalam parti.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS yang memberi peluang untuk saya berkhidmat sebagai Ahli MSU sejak 2013 seterusnya Setiausaha MSU sejak 15 Disember 2020.

“Terima kasih juga kepada Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin dan semua Ahli MSU yang telah bertindak selaras dengan Perlembagaan PAS untuk mengelakkan sebarang krisis perlembagaan parti,” katanya. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 8 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad