web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Pembahagian Kerusi PKR - MUDA Selesai

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2022 10:22PM

Syed Ibrahim Syed Noh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Isu melibatkan pembahagian kerusi antara PKR dan MUDA dianggap sudah selesai.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ia berikutan tempoh rundingan yang sudah berlarutan sekian lama dan tawaran juga sudah diberikan kepada MUDA.

Menurut beliau, MUDA diharapkan dapat menumpu sepenuh perhatian terhadap kerja yang perlu dilakukan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bersama PKR.

"Kita sudah melalui beberapa siri rundingan dan ada proses tawar menawar, tetapi mereka ada beberapa tuntutan yang lain daripada apa yang ditawarkan, saya rasa sudahlah, tiada apa yang nak dirundingkan lagi.

"Kita memang bagi tempoh kepada MUDA, tetapi selepas itu mereka tidak kembali (hubungi), maka saya pun terus dengan umumkan kseluruhan calon di 20 kerusi.

''Jadi dah jelas di situ, 'move on'. Masing-masing sekarang buat kerja. Kita fokus buat kerja dan bantu-membantu antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Calon PKR PRN Johor bagi Zon Tengah dan Zon Timur di Kampung Kopok Baru, Masai di sini, hari ini.

PKR bakal bertanding di 20 DUN, manakala MUDA dengan enam kerusi.

Ditanya mengenai alasan MUDA menolak beberapa tawaran PKR, Syed Ibrahim berkata, parti tersebut mahu kerusi yang boleh dimenangi, sedangkan kemenangan itu ditentukan oleh strategi dan jentera pilihan raya masing-masing. 

"Saya rasa mereka mahu kerusi yang baik yang boleh dimenangi, tetapi soalnya ialah semua orang kena kerja keras dan ada jentera serta strategi. Dia tidak boleh menang hanya dengan kerusi semata-mata," jelasnya.

Semalam, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rundingan rasmi antara PKR dan MUDA tamat apabila PKR mengumumkan kesemua 20 calonnya.

Beliau juga seperti membayangkan kemungkinan pertindihan kerusi susulan kegagalan mencapai kata sepakat dengan PKR. - Getaran, 19 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 8 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran