web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Benarkan Perhimpunan Kecil Di PRN Johor Agar Calon Dapat Bertemu Pengundi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 7:55PM

Maria Chin Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disarankan supaya membenarkan perhimpunan kecil tidak melebihi 30 individu pada satu-satu masa, bagi membolehkan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bertemu pengundi di kawasan mereka.

Mencadangkan perkara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, rakyat di negeri tersebut berhak mengenali calon dan parti yang akan bertanding sebelum tibanya hari mengundi.

“Mengundi tanpa mengetahui siapa calon atau parti mana yang bertanding akan menjadi satu tindakan yang sia-sia.

“Setiap pengundi berhak untuk dimaklumkan tentang latar belakang peserta, rekod prestasi dan manifesto mereka, untuk menjadikan undian mereka bermakna,” katanya hari ini.

Malah, katanya, setiap calon tersebut hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pada masa sama, beliau berharap agar semua calon dan parti yang bertanding diberi akses dan liputan media secara saksama sepanjang tempoh berkempen.

“Tidak boleh ada sebarang sekatan atau keutamaan terpilih tentang siapa boleh menggunakan saluran media yang dibiayai awam seperti televisyen, radio, akhbar dan laman web rasmi.

“Media utama mesti boleh diakses sama rata semua calon. Ruang ini harus digunakan sepenuhnya untuk mendidik orang ramai tentang keseluruhan proses demokrasi ini,” katanya.

Sekiranya perkara itu dilaksanakan secara adil, Maria Chin berkata, ia berupaya meminimumkan keperluan untuk perhimpunan fizikal.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan PRN Johor boleh diteruskan dengan SOP lebih longgar berbanding PRN Sarawak dan Melaka sebelum ini.

Katanya, kelonggaran itu mengambil kira tiada wujudnya sebarang kluster jangkitan COVID-19 pada dua PRN tersebut.

Bagaimanapun, Khairy berkata, perincian berhubung SOP di PRN Johor itu hanya akan diumumkan SPR sebelum hari penamaan calon.

Dalam perkembangan sama, Maria Chin turut menggalakkan SPR supaya menggunakan pengundian pos sebagai alternatif kepada pengundi luar negara khususnya di Singapura, untuk melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka.

Menurut beliau, ia termasuk penubuhan sekurang-kurangnya lima pusat pengumpulan undi di luar negara.

“Rakyat Johor di luar negara boleh membuang undi di dalam peti undi terlebih dahulu dan kemudiannya kembali melalui beg diplomatik ke pusat mengundi masing-masing di Johor.

“Terdapat ribuan rakyat Johor yang akan mendapat manfaat daripada ini kerana mereka masih boleh menjalankan tugas mengundi semasa berada di seberang Tambak,” katanya.

Beliau juga menyeru rakyat Johor yang berada di luar negara supaya membuat permohonan untuk mengundi secara pos.

“Rezeki dan kesejahteraan rakyat di Johor untuk lima tahun akan datang bergantung kepada bagaimana PRN ini diurus dan dikendalikan.

“Semoga rakyat Johor membuat pilihan bijak dalam mengundi kerajaan yang adil dan saksama,” katanya. - Getaran, 13 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan SOP Khas Aidilfitri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Cegah COVID-19 Ketika Aidilfitri: Patuhi SOP, Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Sunat

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad