web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aziz Shari Sedia Tanding DUN Benut

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 5:56PM

Aziz (berkaca mata hitam) kian aktif dalam kerja kemasyarakatan bersama NGO.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Adik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, antara calon yang dikatakan bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut.

Aziz Shari, 33 bakal menentang Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga penyandang kerusi DUN Benut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pontian itu ketika dihubungi Getaran berkata, beliau sudah menghantar nama untuk menjadi calon DUN Benut (N53) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ini.

“Saya ada menghantar borang pencalonan untuk PRN Johor di DUN Benut baru- baru ini.

“Sekarang saya masih menunggu keputusan sama ada permohonan saya diterima ataupun tidak,” katanya.

Ditanya apakah persediaan menjelang PRN Johor di kawasan DUN Benut, Aziz berkata beliau sebagai anak jati daerah itu sudah beberapa kali turun padang berjumpa penduduk.

“Saya memang menetap di Benut selepas tamat belajar, dan pernah bekerja di Majlis Daerah Pontian, sebelum bergiat aktif sebagai sukarelawan mewakili AMK.

“Jadi saya memang cukup kenal dengan semua penduduk yang tinggal di sini,” katanya.

Aziz Shari
Aziz Shari

Mengulas mengenai pembaharuan yang akan dilakukan sekiranya memenangi PRN berkenaan, beliau berkata, Benut amat memerlukan pelbagai pembaharuan kerana daerah tersebut masih ketinggalan jika dibandingkan dengan Pontian.

“Saya nampak pembangunan di Benut bukan sahaja agak ketinggalan berbanding Pontian, malah peluang pekerjaan juga boleh dikatakan tiada untuk golongan muda.

“Ramai rakan-rakan saya sendiri bekerja di luar daerah, termasuk di Johor Bahru walaupun masih menetap di Benut.

“Ada yang gerak dari jam 5 pagi, balik jam 10 malam, macam tak ada kehidupan.

“Jadi kalau boleh saya nak menghasilkan satu peluang pekerjaan kepada generasi muda di Benut supaya mereka boleh mencari peluang pekerjaan di sini,” ujar pemegang diploma Sains Komputer dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu lagi.

Aziz menarik perhatian, rasa sayang yang menebal terhadap kampung halaman membuatkan beliau berikrar untuk terus berkhidmat dan meneruskan kerja kebajikan kepada masyarakat.

“Peluang pekerjaan dari sektor industri saya nampak besar, bukan hanya membangunkan perumahan sahaja tetapi melihat bagaimana peluang pekerjaan boleh dihasilkan melalui  pertanian dan perikanan melibatkan orang muda.

“Lagi satu yang ketinggalan di Benut ialah sistem telekomunikasi dan rangkaian internet jalur lebar,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Desas-desus mengenai penyertaan Aziz mula kedengaran kebelakangan ini, yang bakal menyaksikan beliau mencabar Hasni, iaitu penyandang kerusi DUN Benut.

Perkara itu hangat diperkatakan selepas Aziz, anak jati kelahiran Kampung Asam Kumbang, Benut, kian aktif dalam kerja kemasyarakatan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Aziz bagaimanapun mengakui, masih terlalu awal baginya untuk mengesahkan pencalonan di DUN terbabit kerana ia bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan PKR serta Pakatan Harapan (PH) Johor.

DUN Benut adalah antara dua kerusi yang terletak di dalam Parlimen Pontian, selain DUN Pulai Sebatang.

Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO adalah penyandang kerusi DUN Benut selama tiga penggal sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada tahun 2008.

Pada PRU-14 lalu, Hasni menewaskan calon BERSATU, Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi. - Getaran, 29 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad