web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Tidak Tumpang Kehebatan PAS, PRN Johor Bukan Agenda Kluster Mahkamah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 3:30PM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nampaknya sindir-menyindir antara UMNO dan PAS di media sosial berkaitan kerjasama kedua-dua parti itu bagaikan tidak berkesudahan.

Terbaharu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam nada sinis memberi jaminan bahawa parti itu tidak akan menumpang kehebatan dan kekuatan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Justeru katanya, tidak wajar PAS memarahi BN sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama dengan parti berkenaan.

“Saya akui kehebatan PAS. PAS adalah parti besar dan sangat hebat. Semoga kekuatan dan kehebatan tersebut terbukti dalam PRN Johor nanti.

“Saya beri jaminan pada Tan Sri (Abdul Hadi Awang), UMNO-BN tidak akan cuba menumpang kehebatan dan kekuatan PAS dengan 1 juta ahli itu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menegaskan, PAS bukan parti lemah sehingga perlu menjadi peminta sedekah dalam mendapatkan kerusi untuk bertanding pada PRN Johor.

Semalam, Presiden PAS itu turut mendakwa PRN Johor adalah agenda pemimpin kluster mahkamah dalam UMNO serta mereka yang tidak berjawatan dan menyusahkan rakyat.

Pada masa sama, Mohamed Khaled turut menyangkal dakwaan tersebut dengan menegaskan keputusan itu dibuat kerana kedudukan kerajaan negeri Johor yang hanya memiliki kelebihan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah katanya, beliau juga bersetuju agar isu mereka yang dikaitkan sebagai ‘kluster mahkamah’ diserah kepada proses undang-undang untuk diadili dengan sebaiknya.

“PRN Johor tidak ada kena mengena dengan kluster mahkamah. Saya setuju, isu mereka harus diserahkan kepada mahkamah. Itulah pendirian saya, UMNO dan BN selama ini.

“Cuma, hakikatnya, kerajaan Johor sebelum ini berdiri dengan hanya satu majoriti. Berhentilah berpura-pura. Terimalah hakikat bahawa kedudukan sebegitu adalah satu kedudukan yang sangat lemah dan tidak menentu,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata, jalan terbaik untuk mendapatkan kembali sebuah kerajaan yang kukuh, dengan mandat yang sah adalah melalui PRN.

“Kita tidak boleh terus menerus mempunyai kerajaan yang terbentuk hanya dengan percaturan ahli politik yang sekali gus menafikan pilihan rakyat.

“Walaupun Tan Sri dan PAS mungkin gemar dengan pendekatan sedemikian, ia tidak matang dan tidak menyantuni prinsip demokrasi yang jujur,” katanya. - Getaran, 29 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Sasar Peranan Lebih Besar Dalam Rantaian Bekalan Pertahanan Global 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Skandal Rasuah ATM: MINDEF Lancar Reformasi Menyeluruh

3

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Tidak Lindungi Rasuah Namun Tolak Tuduhan Tanpa Bukti - Mohamed Khaled

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 6 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 12 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran