web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Enggan Kerjasama Dengan PAS, Hadi Anggap UMNO Tidak Bermoral

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 9:36PM

Hadi Awang ibaratkan tindakan UMNO seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri selepas sembuh.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan atau strategi pemimpin UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya negeri (PRN) Johor, disifatkan sebagai tidak bermoral, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, tindakan berkenaan juga tidak wajar selepas kedua-duanya membentuk gabungan Muafakat Nasional (MN), malah PAS pernah membantu UMNO selepas kekalahan  parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, tindakan UMNO itu turut diibaratkan seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri selepas sembuh.

“Itu senario politik yang kita kena faham dan kita terus memperjuangkan.

“Ketika PRU 14 lalu, ada itik yang patah kaki. Kita selamatkan itik patah kaki bukan nak ajar berenang, dia patah kaki, malangnya bila kaki sudah sembuh, dia nak berenang sendiri, nak tinggalkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO memutuskan kerjasama dengan BERSATU dan MN menerusi video berdurasi 6 minit 17 saat dimuat naik di Facebook.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, pendirian PAS masih teguh, iaitu mahu meneruskan kerjasama dengan MN dan Perikatan Nasional (PN) untuk penyatuan ummah.

Jelasnya, parti di bawah MN sebelum ini bersepakat menandatangani satu surat secara bersama membabitkan PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Usaha itu, katanya, bagi memastikan kewujudan MN sebagai simbolik untuk perpaduan ummah dan masyarakat majmuk.

“Perpaduan kita bukan PAS dan UMNO sahaja, mestilah membabitkan BERSATU, bahkan ada surat kita tandatangan, Presiden PAS tandatangan, Presiden UMNO tandatangan jemput BERSATU ikut serta,” katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, MN sepatutnya turut dianggotai BERSATU dan parti bukan Melayu, malah perkara itu sudah dipersetujui bagi menggantikan BN yang dianggap tidak lagi relevan.

“Kalau PAS dan UMNO sahaja, perpaduan Melayu sahajalah. Mana kaum lain? Mana orang lain?,” katanya.

Pada masa sama, Hadi meminta mana-mana pemimpin UMNO yang tidak menyokong kerjasama parti terbabit bersama PAS, berhenti mengeruhkan keadaan.

Ujarnya, mereka tidak sepatutnya bersikap tiada tanggungjawab dengan bersikap seperti itu memandangkan bukan semua pemimpin UMNO tidak menyokong kerjasama bersama PAS.

Sementara itu, Hadi ketika ditemui media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di Marang, hari ini berkata, pemimpin UMNO yang berdepan kluster mahkamah sepatutnya ‘lawan’ di institusi kehakiman itu, bukannya menerusi tindakan mengadakan PRN Johor untuk menyelamatkan diri.

Tegasnya, PAS percaya PRN adalah agenda daripada pemimpin UMNO ‘kluster mahkamah’ dan tidak mempunyai sebarang jawatan demi survival politik mereka.

“Strategi PRN bukan kaedah yang baik, tapi kita tahu yang buat cara ini UMNO kluster mahkamah, kluster yang tak ada jawatan.

“Kita tak anggap mereka bersalah sebab baru dituduh, tapi kalau mereka ada moral patut lawan di mahkamah dan jangan susahkan rakyat dengan mengadakan PRN untuk selamat diri,” katanya.

Selain itu, Hadi berkata PAS belum memuktamadkan jumlah kerusi akan ditandingi parti berkenaan.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa PAS menolak kerjasama dengan UMNO kerana hanya ditawarkan empat kerusi pada PRN Johor.

Dakwaan itu, katanya tidak benar kerana PAS bukan peminta sedekah yang meminta kerusi daripada parti lain.

“PAS mempunyai kekuatan sendiri dan ini dibuktikan dengan jumlah keahlian PAS seramai sejuta ahli.

“Itu semua khabar angin. Sebenarnya tidak ada rundingan mengenai pembahagian kerusi.

“Takkan kita nak minta sedekah, PAS tak minta sedekah, PAS ada kekuatan sendiri, katanya. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 4 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad