web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAU 2021 Pada 16-19 Mac Secara Bersemuka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:06AM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan berlangsung selama empat hari bermula 16 Mac ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata PAU 2021 itu dilaksanakan sepenuhnya secara bersemuka, dengan kehadiran 14 orang perwakilan daripada setiap Bahagian.

Katanya perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Menara Dato Onn, di sini malam tadi.

“Kesemua lima perwakilan setiap sayap parti akan menghadiri perhimpunan agung masing-masing dengan pematuhan SOP (prosedur operasi standard), yang ditetapkan.

“Perasmian Perhimpuan Agung Wanita, Pemuda dan Putera UMNO berlangsung pada hari pertama (16 Mac) diikuti perhimpunan agung sayap pada 17 Mac,” katanya menerusi kenyataan selepas mesyuarat itu.

Ahmad berkata pada 18 Mac akan berlangsung ucapan dasar dan perasmian PAU itu oleh presiden parti dan perhimpunan diteruskan pada hari terakhir (19 Mac).

Disember lepas, UMNO membuat keputusan untuk menangguhkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada hari ini sehingga 15 Januari.

Penangguhan tersebut susulan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

Ahmad berkata mesyuarat juga menegaskan sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah kekal, dan perlu terus dimantapkan.

“Selain itu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut memutuskan segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti baik untuk menghadapi pengundi berumur 18 tahun dan pengundi baharu.

“Mesyuarat juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua ahli dan pemimpin UMNO di semua peringkat yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad