web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parlimen Perlukan Pemimpin ‘Segar’, Tolak Politikus Dinosaur

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 1:52PM

Hazwan Mohamad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah pasti rakyat kini mahukan pembaharuan serta mengimpikan sebuah pentadbiran baharu selepas Malaysia bergelut dengan kemelut kesihatan, ekonomi, politik dan juga bencana.

Namun, perkara tersebut hanya mampu direalisasikan di negara ini sekiranya orang ramai bersatu hati memilih kepimpinan dan ahli politik ‘segar’ ke Parlimen.

Apa yang menjadi keutamaan, pemimpin terbabit perlu bebas daripada cengkaman ‘warlord’, pemimpin politik dinosaur, kaki bodek serta tidak terpalit salah laku termasuk dakwaan kes di mahkamah.

Sehubungan itu, Parti BERJASA bersedia untuk memberi pilihan kepada rakyat bagi memilih muka-muka baharu yang lebih berwibawa, untuk mewakili mereka ke Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Ketua Penerangannya, Hazwan Mohamad berkata, rakyat kian muak melihat kepimpinan lama yang diterajui oleh barisan pimpinan politik dinosaur, dengan membawa negara bergerak ke belakang.

“Kepimpinan dengan gaya lama, dipenuhi rasuah, politik wang, budaya ‘warlord’, membodek, salah guna kuasa dan kronisme yang akhirnya memberi kesan kepada produktiviti negara dan rakyat.

“Saya tidak berselindung lagi untuk mengajak semua rakyat Malaysia untuk memilih bakal-bakal calon dari Parti BERJASA Malaysia yang akan dibariskan dalam PRU15,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Hazwan berkata, negara terpaksa berdepan dengan ketidaktentuan senario politik yang hampir pasti menunjukkan tanda jelas bahawa pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat.

Justeru, beliau menegaskan, tindakan itu membuatkan masyarakat awam terpaksa sekali lagi perlu berhadapan dengan aktor politik serta lakonan mereka yang hanya menabur janji dan wang untuk terus kekal berkuasa.

“Kita masih berada dalam keadaan pandemik COVID-19 masih belum reda, ditambah pula varian baharu Omnicron, bahkan terpaksa berdepan pasca bencana banjir yang mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan ribuan mangsa lain tinggal sehelai sepinggang.

“Ini merupakan cabaran besar buat rakyat yang masih lelah bernafas akibat penutupan sektor ekonomi melalui dasar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, ditambah pula dengan perkembangan ekonomi masih lagi tidak begitu memberangsangkan,” katanya.

Dengan kewujudan Omnicron, Hazwan memberitahu, rakyat kini bertambah gusar sekiranya kerajaan menggunakan semula dasar seperti sebelum ini.

Jelasnya, pelaksanaan semula PKP dan penutupan sektor ekonomi pasti memberi kesan berganda kepada rakyat di samping perkembangan pendidikan pelajar yang terikat dengan kaedah secara atas talian.

“Ratusan juta ringgit dikhabarkan oleh menteri yang berkelana jauh ke negara tembok besar sehingga ke pergunungan salji, namun ia masih tidak mampu  memberikan kelegaan kepada rakyat.

“Bertambah resah dan gelisah pula apabila kos barang mentah naik 100 peratus tanpa solusi yang mampan ditawarkan oleh pemerintah. Dalam masa sama, rakyat tertekan dengan kehilangan pekerjaan, gaji yang tidak setimpal dan tidak meningkat,” katanya. - Getaran, 2 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan