web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2022; Henti Politik Semberono, Utamakan Kepentingan Rakyat, Ketepi Agenda Peribadi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 9:00AM

Muhyiddin terpaksa meletak jawatan selepas UMNO menarik semula sokongan terhadap kepimpinannya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjalanan politik tanah air sepanjang tahun lalu dilatari rencam kisah baik dan buruk sehingga ada ketika sistem pentadbiran negara dilihat goyah dan bercelaru.

Masih segar di ingatan rakyat mengenai tindakan UMNO menarik semula sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta merta pada Julai 2021, sehingga menyaksikan kerajaan pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu hilang majoriti dan keabsahan, sebelum akhirnya tunduk menyembah bumi.

Antara alasan didakwa menjadi punca kepada penarikan sokongan itu adalah kegagalan Muhyiddin menguruskan pandemik COVID-19, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ‘separuh masak’ dan peningkatan kes secara mendadak.

Politik negara turut mencipta sejarah apabila buat pertama kali, kerajaan Persekutuan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk satu kerjasama dwi-partisan ampuh serta mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.

Kemelut politik negara menjadi semakin panas menjelang hujung tahun apabila mantan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), masing-masing dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan penarikan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sehingga membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November lalu.

Peristiwa kecil dan besar melanda politik negara itu mencetuskan perdebatan masyarakat, apabila segelintir pemimpin disifatkan mendahulukan kepentingan parti dan peribadi, berbanding rakyat.

Justeru, beberapa pemerhati dan pakar ketika dihubungi Getaran berharap lembaran baharu tahun 2022, membawa kestabilan politik yang mampu menyelesaikan isu berbangkit sebaik mungkin, demi kemaslahatan rakyat serta imej negara.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Rusdi Omar berkata, selain menghentikan permainan politik, tahun 2022 dianggap sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi mengembalikan mandat dalam menentukan kerajaan dan pemimpin kepada rakyat.

Profesor Dr Rusdi Omar
Profesor Dr Rusdi Omar

“Jika kita tengok keadaan negara ketika ini, banyak perkara memberi impak kepada rakyat, seperti COVID-19 dan banjir yang sepatutnya tidak boleh dipandang sebelah mata, memandangkan nasib dan kebajikan mereka perlu dibela sepenuhnya oleh kerajaan.

“Namun apa yang berlaku, peranan kerajaan dalam menangani isu seperti ini sangat minimum, jadi mahu atau tidak, kerajaan kena menggunakan peranan agensi terbabit sebaik mungkin untuk memberi perhatian kepada keperluan dan kepentingan rakyat,” katanya.

Rusdi berkata, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik juga dilihat sebagai perjanjian longgar yang hanya memfokus kepada menstabilkan politik negara bagi mengelakkan kepimpinan kerajaan tumbang, bukan menjaga kebajikan rakyat semampu boleh.

“Sepatutnya kerajaan sekarang ini kena tunjuk contoh paling baik, contohnya semasa banjir di Selangor dan Pahang, kerajaan atau agensi berkaitan didakwa tidak mampu uruskannya dengan sempurna, sehingga kalau kita tengok kemusnahan serta kerosakan dialami adalah lebih parah daripada banjir sebelum ini.

“Perkara ini diperhatikan rakyat dan pada masa depan, mereka mungkin tidak lagi melihat kepada calon, sebaliknya tengok adakah parti diberikan mandat itu menunaikan janji atau tidak, jadi pemimpin politik tidak boleh bersikap semberono,” katanya.

Pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) (Penganalisis Politik), Profesor Madya Dr Lee Yok Fee pula berkata, semua ahli politik diharap mampu memahami dan menghormati sepenuhnya semangat demokrasi di negara ini, malah melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat berlandaskan nilai berkenaan.

Profesor Madya Dr Lee Yok Fee
Profesor Madya Dr Lee Yok Fee

Jelasnya, selepas mengecapi kemerdekaan sejak 64 tahun lalu, Malaysia sudah memiliki sistem pentadbiran mantap bagi melaksanakan urusan rakyat dan negara, namun kepimpinan pemerintah perlu terus diperkasakan bagi mengelakkan politik tidak stabil.

“Pemimpin politik kita perlu lebih bijaksana, berkarisma, berintegriti tinggi dan berpandangan jauh supaya segala kekayaan sumber dimiliki Malaysia dapat digunakan sebaik mungkin demi rakyat,” katanya.

Yok Fee berkata, pemimpin politik juga seharusnya boleh meyakinkan rakyat supaya apa sahaja perancangan dibangunkan dan keputusan ditetapkan mampu memberi harapan dan membuatkan mereka bangga.

“Rakyat memerlukan pemimpin politik yang amat menyayangi mereka dan negara, bukan bersikap memalukan serta menjatuhkan jati diri mereka sebagai warga negara, terutama di mata dunia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, beliau mengharapkan agar politik Malaysia lebih stabil memandangkan cabaran semasa yang melibatkan kesejahteraan rakyat semakin besar.

Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain
Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain

Katanya, ahli politik perlu meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik dan peribadi mereka.

Pada masa sama, beliau berkata, politik Malaysia juga mendambakan semangat kerjasama erat melangkaui partisan demi rakyat.

“Harapan saya juga agar politik Malaysia lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat bukan untuk kepentingan pihak tertentu saja kerana politik itu khidmat,” katanya.

Bagi Penganalisis Politik dan Media Sosial, Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy, semua krisis politik yang berlaku sepanjang 2021 mampu diselesaikan dengan mengadakan PRU-15 pada tahun ini.

Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy
Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy

Malah, katanya, pilihan raya berkenaan dapat membuka ruang untuk membentuk sebuah politik lebih stabil.

Sara berkata, walaupun PRN Melaka sudah berlangsung dengan sebaiknya, rakyat tidak mahu krisis pergolakan politik yang menyaksikan kerajaan negeri tumbang ‘berjangkit’ ke negeri lain.

“PRN Melaka menunjukkan peratusan keluar pengundi rendah berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), tambahan pula rakyat sudah muak dengan krisis politik yang berpanjangan.

“Kita juga berharap pada masa depan, ahli politik mencapai mampu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baik secara berterusan di kawasan masing-masing. Jangan sekadar menjadi bahan ‘political trolling’,” katanya. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan