web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penubuhan PBM Tidak Gugat PKR - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 5:38PM

Menurut Anwar mereka yang terlibat sudah lama keluar daripada PKR dan pengkhianatan itu sama sekali tidak menjejaskan parti.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diterajui beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), diyakini sama sekali tidak akan mendatangkan sebarang kesan atau menggugat kedudukan PKR atau Pakatan Harapan (PH).

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka yang terlibat sudah lama keluar daripada parti tersebut dan pengkhianatan itu sama sekali tidak menjejaskan parti.

“Dia lompat dan khianat lama dah. Sejak bila pula kita kata orang khianat akan menjejaskan parti?

“Tanya dia sebab apa? Sebab wang serta kedudukan dan semua orang tahu tentang itu, dia terhakis daya tahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pemantapan Pilihan Raya PKR Kedah di Pantai Merdeka, dekat sini, hari ini.

PBM yang dilancarkan pada Rabu lalu setakat ini masih belum menamakan Presiden parti namun beberapa nama termasuk bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamarudin yang kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hangat dikaitkan dengan jawatan itu.

Ketika ini, jawatan Timbalan Presiden PBM dipegang Ahli Parlimen Julau, Larry Sng yang merupakan bekas pengerusi PKR Sarawak.

Sementara itu Anwar berkata, cadangan daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron agar PH dan Perikatan Nasional (PN) bersatu bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, langsung tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

“Saya dah kata bahawa perkara ini tak pernah disampaikan, tak berbangkit dan tak dibincangkan.

“Di pihak PKR, kita akan terus bersama PH dan kita akan bekerja bersama-sama mereka,” katanya. - Getaran 23 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 4 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 4 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran