Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: GPS Dijangka Menang, Namun Jumlah Kerusi . . .

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 11:19AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dengan detik penentuan siapa yang dipilih pengundi Sarawak untuk menerajui negeri ini bagi tempoh lima tahun akan datang semakin hampir, dua cendekiawan berkongsi pandangan yang sama, yakni Gabungan Parti Sarawak (GPS) pasti muncul juara pada Pilihan Raya Negeri Sarwak ke-12 (PRN12) esok, namun persoalannya berapa banyak kerusi yang akan menjadi miliknya nanti.

Saintis politik Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Dr Jayum Jawan dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir senada bahawa GPS tidak mempunyai masalah untuk menjadi yang pertama meraih majoriti mudah dalam pungutan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya ini.

“GPS dijangka menang mudah, malah perolehan dua pertiga majoriti juga bukan masalah besar bagi GPS, disebabkan oleh perpecahan dalam kalangan pembangkang,” kata Jayum kepada Bernama.

Beliau berkata walaupun GPS baru ditubuhkan beberapa tahun lepas, namun ia dianggotai parti yang cukup matang yakni Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) yang mendominasi kerajaan sejak 1970an.

“Mereka mempunyai rangkaian kerja yang luas di peringkat akar umbi, jentera hebat yang bergerak lancar untuk berdepan dengan lawan mereka. Di samping itu tidak ada pertelagahan dalaman yang boleh melemahkan usaha mereka kelihatan, kecuali mungkin di beberapa kawasan, tidak banyak,” katanya.

Jayum berkata GPS mempunyai kelebihan sebagai penyandang, dan dalam situasi kempen yang dihadkan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat, kelebihan ini adalah “aset yang sangat besar”.

Katanya apabila GPS mengumumkan barisan mereka dua hari sebelum penamaan calon, mereka mengekalkan 58 penyandang sebagai calon mereka, dan 24 muka baharu.

Beliau berkata parti pembangkang sebaliknya bercelaru dengan ada yang bertanding dan menentang antara satu sama lain di kawasan yang sepatutnya boleh bekerjasama dan menyatukan sumber mereka bagi memiliki peluang yang lebih baik untuk menang.

Beliau menjangka PBB akan dapat menyapu bersih semua kawasan majoriti Melayu/Melanau, namun beliau memberi amaran bahawa beberapa kekalahan boleh dialami oleh parti komponen GPS, khususnya di kawasan dominan kaum Dayak.

Jayum berkata beliau melihat PDP adalah antara parti komponen GPS yang dijangka menghadapi cabaran hebat, dengan tiga kerusi yang perlu diperhatikan dengan teliti ialah Krian, Dudong dan Ba’ Kelalan.

Beliau berkata SUPP juga dijangka tidak akan berjaya di beberapa DUN, manakala PRS akan menghadapi pilihan raya tanpa pemimpin utama yakni presiden parti, Mendiang Tan Sri Dr James Masing, yang meninggal dunia beberapa hari sebelum DUN dibubarkan.

Bagi Jeniri pula, melihat kepada momentum jentera pilihan raya GPS, beliau percaya gabungan itu mampu memperoleh sekurang-kurangnya 65 daripada 82 kerusi pada PRN.

Beliau berkata walaupun dengan penetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepimpinan GPS dilihat telah bekerja secara proaktif untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai apa yang telah mereka usahakan sejak penubuhan GPS pada 2018.

“Menerusi pencapaian lepas ini, mereka kini menampilkan manifesto realistik berkaitan dengan 34 perkara untuk PRN ini yang pastinya akan difahami oleh pengundi di Sarawak, bahawa mereka (GPS) akan melakukan segala yang termampu untuk memberikan apa yang dimahukan seluruh penduduk Sarawak.”

Bagaimanapun beliau enggan mengulas mengenai prestasi setiap parti dalam GPS, dan berkata ada beberapa kerusi DUN perlu diberi perhatian.

“Tunggu dan lihat sahaja… tapi siap sedia - pasti ada beberapa kejutan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Serangan KK Mart Berterusan: KK Mart Kuching Mangsa Ketiga

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Teladani Perpaduan Rakyat Sarawak, Urus Perbezaan Dengan Ihsan Dan Hikmah - PM

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Sukan 16 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024