web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pindaan Perlembagaan Berkaitan MA63 Bukan Gula-Gula PRN Sarawak

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 6:54PM

Profesor Madya Dr Bilcher Bala - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pindaan perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan gula-gula kerajaan dalam meraih sokongan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, minggu ini.

Pensyarah Kanan Sejarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Bilcher Bala ketika dihubungi menegaskan, hal berkaitan perundangan melalui Parlimen bukan perkara yang boleh dipersendakan.

“Saya mentafsirkan gula-gula yang dimaksudkan merujuk kepada janji politik tanpa berkaitan perundangan.

“Justeru, secara peribadi, saya melihat pindaan perlembagaan berkaitan MA63 bukan gula-gula, tetapi lebih kepada mengembalikan perkataan asal tanpa membawa perubahan politik semasa,” katanya.

Tambah Bilcher, perkembangan itu dilihat bakal memberi impak positif kepada Sabah dan Sarawak, kerana kehendak semasa di kedua-dua negeri untuk mendapat pengiktirafan status rakan setara telah diterima.

“Ia seterusnya memberikan hak kepada Sabah dan Sarawak untuk menerima agihan bajet sama rata mengikut wilayah,” katanya.

Dalam pada itu, Bilcher berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan secara terperinci istilah negeri Borneo yang merujuk Sabah dan Sarawak seperti yang diutarakan dalam Dewan Rakyat.

“Adakah ia merujuk kepada istilah wilayah iaitu gabungan seperti yang termaktub dalam MA63 atau ia membawa makna bertentangan?" katanya

Menurut Bilcher, dalam hal ini, kerajaan Pusat sebenarnya tidak perlu melakukan sebarang pindaan perlembagaan seperti yang berlaku sekarang.

“Sebaliknya hanya perlu menunaikan segala perjanjian (peruntukan) yang terkandung dalam MA63 dan Perlembagaan 1963.”

“Ini kerana MA63 adalah sempurna dari segi syarat perjanjian (peruntukan) untuk pembentukan Malaysia,” katanya.

Selasa lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan MA63 selepas mendapat majoriti dua pertiga ahli Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan pindaan Perlembagaan itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad