web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: Chong Gesa Jangan Pecah Undi Pembangkang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 9:21PM

Chong Chien Jen akan bertanding di kerusi DUN Padungan pada PRN12 Sarawak, Sabtu ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen menggesa penyokong pembangkang untuk menumpukan undi mereka kepada parti itu bagi memastikan ia boleh memainkan peranan lebih efektif dalam Dewan Undangan Negeri.

"Kami gesa pengundi tidak pecah undi di antara tiga parti pembangkang dan fokus kepada DAP supaya kami dapat memainkan peranan lebih efektif dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya kepada persidangan media yang dihadiri oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di sini hari ini.

Selain DAP, pembangkang lain yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) Sabtu ini termasuk Parti Sarawak Bersatu (PSB) and Parti Bumi Kenyalang (PBK). 

"Sekiranya undi pembangkang pecah, pastinya ia akan membolehkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang,” katanya.

Selain Chong, tiga lagi calon yang akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan pada PRN ini ialah pengarah pilihan raya Parti Bumi Kenyalang (PBK) Raymond Thong Ee Yu, Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Lina Soo dan Datuk Wee Hong Seng daripada GPS,

Kali ini Chong bertanding di DUN Padungan yang secara tradisinya dikuasai DAP, meninggalkan DUN Kota Sentosa yang didudukinya sejak 2006.

Pada PRN lepas, Wong King Wei daripada DAP memenangi kerusi DUN Padungan dengan majoriti 4,270 undi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran