web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Hormati Pendirian GPS Tidak Sertai BN, Kekal Sebagai Sahabat Yang Akrab

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 7:42AM

Ahmad Maslan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Barisan Nasional (BN) menghormati pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk tidak menyertai BN sebagai parti komponen tetapi kekal sebagai “sahabat yang akrab”.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendirian GPS itu ada dinyatakan ketika pertemuan beliau bersama kepimpinan BN lain termasuk Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, baru-baru ini.

“Beliau (Abang Johari) ada menyatakan dalam pertemuan kami itu bahawa keputusan mereka (tiga tahun lepas) supaya parti-parti GPS ini tidak menyertai BN tetapi mereka kata mereka berkawan rapat dengan BN.

“Mereka (GPS) meletakkan ‘Sarawak First’ sebagai slogan, dengan lain perkataan mereka inginkan supaya parti di Sarawak ditadbir oleh parti-parti  Sarawak.

“Jadi kita hormati pandangan itu,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Belia Cemerlang Parlimen Pontian, di sini, semalam.

“Kita menghargai persahabatan (GPS) dan apabila kita menang nanti, BN menang...mudah-mudahan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ...Semenanjung dan Sabah...sudah tentu kita akan menjemput GPS menyertai Kerajaan Malaysia apabila tiba waktunya.

“Bermaksud BN+GPS, GPS bukan sebagai parti komponen BN tetapi bersama membentuk kerajaan,” kata Ahli Parlimen Pontian itu.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan seorang penganalisis politik supaya GPS dipertimbang menyertai BN untuk mengukuhkan lagi kestabilan politik dan ekonomi negara.

Semalam, seorang pensyarah dari sebuah universiti tempatan dipetik sebagai berkata hubungan mesra antara BN dan GPS perlu diterjemah dalam kerjasama politik yang rasmi bagi meneruskan kesinambungan pembangunan Sarawak secara lebih berkesan dan meluas.

Ia perlu dilakukan tanpa mengira apa sahaja keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 pada 18 Disember ini, kata penganalisis politik itu.

GPS dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) susulan kekalahan Kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menguasai Kerajaan Persekutuan.

Pada 12 Jun, 2018, empat parti tempatan Sarawak - Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) - telah mengumumkan keluar daripada BN sekali gus membentuk pakatan GPS.

BN kini terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 35 minit yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad