web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sarawak, GPS Kaya Tapi Mengapa Masih Ada Rakyatnya Miskin?

Politik · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 9:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar kemiskinan tinggi dan masalah infrastruktur yang masih mendepani Sarawak menimbulkan persoalan, walaupun negeri itu ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ‘kaya raya’ selama 58 tahun.

Aktivis politik, Adzman Kamaruddin berkata, keadaan itu turut mencetuskan tanda tanya kerana Sarawak menjadi antara tiga negeri yang menjana pendapatan paling tinggi di Malaysia.

Menerusi video bertajuk ‘Sarawak Kaya Tapi Rakyat Miskin Di Mana Silapnya?’ dimuatnaik di Twitter, beliau berkata, dengan kekayaan hasil bumi melimpah ruah dan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbesar di Malaysia, Sarawak sepatutnya menjadi negeri lebih maju berbanding Selangor.

“Namun apa dilakukan penguasa (kerajaan) Sarawak sepanjang 58 tahun memerintah? Pendapatan Sarawak ketiga terbesar dalam negara, malah menyumbang sebanyak 12 peratus untuk pendapatan Malaysia dan memiliki rizab simpanan tunai besar.

“Tetapi Sarawak masih merekodkan kadar kemiskinan tinggi, di mana silapnya pengagihan kekayaan negeri Bumi Kenyalang ini,” katanya yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor.

Video berdurasi 3 minit 5 saat itu merangkumi kisah di sebalik kekayaan Sarawak yang memiliki pelbagai hasil bumi dan kehijauan.

Ia turut memaparkan bahawa aktiviti ekonomi Sarawak banyak disumbangkan melalui tiga sektor utama, iaitu perkhidmatan yang memberi pulangan sehingga 35.8 peratus, diikuti pembuatan (26.9 peratus), perlombongan dan pengkuarian (21.7 peratus), pertanian (12.1 peratus) serta pembinaan (3.3 peratus).

Peruntukan ADUN GPS di Sarawak juga katanya, adalah antara tertinggi di Malaysia apabila setiap tahun pemimpin itu menerima peruntukan bernilai jutaan ringgit.

“Ini membabitkan peruntukan RM5 juta untuk Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), selain dana bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang membabitkan RM2 juta, Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) (RM1 juta) dan Program Tabung Fasiliti Pertanian (RM1 juta).

“Peruntukan ini diterima ADUN GPS, cuma dahulunya guna nama Barisan Nasional (BN), tetapi datang dari parti sama iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP),” katanya.

Jelasnya, tempoh selama 58 tahun bukan singkat dan Sarawak seharusnya boleh menjadi negeri lebih maju, tetapi sehingga sekarang masih bergelut dengan masalah kemiskinan infrastruktur dan jalan raya serta bekalan air dan elektrik, terutama di kawasan pedalaman rumah panjang yang majoritinya terdiri daripada kaum Bumiputera Sarawak.

“Apa dilakukan GPS selama ini dalam 58 tahun? Adakah peruntukan diterima setiap ADUN ini benar-benar sampai untuk manfaat rakyat,” katanya.

Tegasnya, setiap kali musim pilihan raya, pelbagai janji ditaburkan GPS untuk meraih undi, termasuk kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa projek pembangunan di Sarawak mungkin tidak dapat dilaksanakan sekiranya rakyat negeri itu memilih kerajaan berbeza daripada pemerintah Persekutuan.

“Namun apakah selama ini mereka (kerajaan) berbeza kerana Sarawak tetap juga tidak menerima kemajuan sewajarnya, sekali gus membuktikan secara jelas GPS gagal mentadbir Sarawak dengan baik walaupun sudah 58 tahun memerintah.

“Kali ini orang Sarawak perlu ubah, jangan takut, berjuang selagi bernyawa untuk masa depan negeri,” katanya. - Getaran, 11 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

GPS, Abang Johari Main Peranan Penting Pastikan Kestabilan Kerajaan Perpaduan - Anwar

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tubuh Kerajaan Perpaduan Untuk Lebih Stabil, GPS, GRS Akur Hasrat YDPA

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Mengenai Rombakan Kabinet - Fadillah

4

Politik 3 tahun yang lalu

GPS Terus Beri Tumpuan Pastikan Kerajaan Perpaduan Stabil - Fadillah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 34 minit yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC