web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAS Pahang Kekal Bersama Muafakat Nasional, Belum Putuskan Agihan Kerusi Pahang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 7:55PM

Abdul Hadi Awang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pendirian Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan parti itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak menjejaskan hubungan antara PAS Pahang dan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

Walaupun Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan menolak sebarang usaha meminggirkan gabungan Perikatan Nasional (PN), namun Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar masih berharap agenda pengukuhan ummah melalui Muafakat Nasional (MN) di negeri ini dapat diteruskan. 

"PAS Pahang masih tetap dengan objektif penyatuan iaitu tidak berlakunya pertembungan tiga penjuru di PRU akan datang.

"Setakat ini, MN di Pahang masih dalam keadaan harmoni dan PAS Pusat juga masih kekal dengan kerangka agenda memperkukuh MN serta mempertahankan PN.

"Selain itu, belum ada keputusan rasmi berkaitan pembahagian kerusi pilihan raya dengan kedua-dua pihak dan kita akan terus bersabar membawa agenda penyatuan melalui tiga prinsip seperti dijelaskan Presiden parti," katanya hari ini.

Difahamkan, Rosli memberi kenyataan itu susulan pengumuman Pengerusi PN Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah pada Sabtu lalu mengenai keputusan gabungan berkenaan untuk bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada PRU ke-15.

Saifuddin yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota dan Menteri Luar dilaporkan berkata, perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara parti dalam PN merangkumi BERSATU, PAS dan GERAKAN sudah diadakan di peringkat awal.

Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur menjelaskan, kenyataan dibuat Saifuddin itu adalah mengambil kira jika gabungan dan rundingan bersama UMNO gagal.

"Rundingan masih berjalan dan belum ada keputusan rasmi membabitkan (pengagihan) kerusi. Belum ada kenyataan rasmi mengenai hubungan PAS dalam MN atau PN. 

"PAS Pahang secara rasminya masih bersama UMNO dalam MN dan akan terus memelihara hubungan baik ini, kita berterima kasih kepada Datuk Seri Wan Rosdy dan UMNO negeri atas kerjasama baik di Pahang dan berharap semua rundingan dapat diteruskan bagi mencapai objektif penyatuan ummah," katanya. 

Abdul Hadi melalui satu kenyataan media pada 25 November lalu menyatakan pendirian PAS menolak gagasan MN yang kini hanya melibatkan penyertaan parti berkenaan dan UMNO.

Beliau dilaporkan berkata, PAS juga menolak fahaman menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan lebih besar iaitu PN. 

"Gagasan MN yang ada perlu diubah bentuk dan ikatannya, kerana berlakunya perubahan situasi dan realiti.

“Oleh itu, langkah persembahannya bermula dengan penubuhan MN yang tidak lengkap, maka perlu dilengkapkan dengan penubuhan PN. PAS hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh," katanya. - Getaran, 1 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM