web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: SEDAR Biayai Deposit Calon

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 7:01PM

Datuk Othman Abdillah

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) akan membiayai deposit pilihan raya calonnya berjumlah RM8,000 menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Presidennya Datuk Othman Abdillah berkata, jumlah itu terdiri daripada deposit pilihan raya sebanyak RM5,000 dan deposit bahan kempen pilihan raya sebanyak RM3,000 untuk setiap calon.

Menurut beliau, keputusan itu diambil selepas mendapati ramai daripada kalangan ahli berminat untuk menjadi calon, tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk membiayai diri mereka sendiri walaupun masing-masing layak dan berpotensi besar.

“SEDAR juga sedang mencari peruntukan tambahan bagi membolehkan setiap calon bertanding di kesemua 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan,” katanya hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember depan sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak Ke-12.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala pengundian awal ialah pada 14 Disember.

Mengulas lanjut Othman berkata, mereka yang berminat untuk menampilkan diri menjadi calon SEDAR dijemput menghubungi Sekretariat Pemilihan Calon di talian 019-8503341, 013-3907112 dan 011-25106307 atau menghantar email kepada [email protected].

“Parti ini percaya atas kekuatan tersendiri dengan fokus dasar terhadap hak rakyat untuk menerima dividen daripada kekayaan Sarawak, dan perancangan sosioekonomi yang menyasarkan pencapaian kemakmuran yang saksama.

“SEDAR juga memutuskan untuk tidak bersekutu dengan parti lain pada PRN kali ini,” katanya. - Getaran, 25 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish